HARI KEENAM BELAS
Kejadian semalam telah menyebabkan kelab misteri dibubarkan. Pihak sekolah menutup kemalangan yang terjadi pada Atirah dan segala hal yang berkaitan dengannya turut ditutup. Semua yang terlibat atau mengetahui tentangnya kini berada dalam pemerhatian ketat oleh pihak sekolah. Kawalan di Blok 7 semakin diperketat. Amiliya, yang masih terkejut, terbaring di atas katil ditemani Anita. Seolah-olah pihak sekolah, atau lebih tepat lagi Akademi Putra, bertekad menyembunyikan segala perkara aneh yang berlaku.
Semasa waktu rehat, aku memutuskan untuk berjumpa Kai di makmal komputer. Setelah mengetuk pintu, aku masuk dan melihat Kai sedang menatap layar komputer dengan serius. Aku menghampirinya dan bertanya tentang kejadian semalam.
"Hey, Kai, apa sebenarnya yang terjadi?" tanyaku.
Kai menoleh, sejenak merenungku, lalu menjawab, "Sebenarnya, beberapa alat komunikasi mengalami kerosakan. Selain itu, rakaman juga tergendala pada beberapa waktu tertentu." Dia menunjuk satu demi satu rakaman yang tergendala di layar.
"Rakaman ini tergendala masa kau dan Max pergi ke bilik pengetua. Jadi, aku tidak tahu apa yang berlaku di sana. Itulah sebabnya Justin dan yang lain lambat sampai."
Dia meneruskan penjelasan, "Ini pula rakaman semasa Atirah cuba pergi ke Blok 7. Rakaman tergendala buat sementara waktu, dan kemudian baru kau dan Justin sampai ke lokasi itu."
"Semasa di atas bumbung juga, rakaman yang ada semuanya rosak teruk. Jadi, itulah sebabnya Max kehilangan jejak."
Kai menunjukkan satu lagi klip, "Dan ini, semasa Anis berjumpa dengan seseorang yang kalian semua panggil ‘sang bertopeng’. Dalam rakaman itu, sang bertopeng tidak mencederakan Anis, malah kelihatan seperti menolongnya. Tapi, apabila Azmi tiba, sang bertopeng menghilang dengan cepat. Siapa pun dia, pasti ada kaitan dengan Anis dan Azmi."
Aku beralih ke pertanyaan lain yang mengganggu fikiranku. "Hey Kai, mana gambar yang kau cuba cerahkan tu?"
Kai membuka fail tersebut dan menunjukkannya kepadaku. Wajah Atirah tampak jelas dalam gambar itu, seolah-olah dia hadir secara langsung di depanku. Ada sesuatu yang ganjil, lalu aku bertanya, "Kenapa rakaman yang ada Atirah tidak tergendala seperti yang lain?"
Kai menghela nafas, seolah menyembunyikan sesuatu di sebalik jawapannya. "Mungkin ada yang berusaha menyembunyikan hal berkaitan dengan penjubah yang lain itu. Mereka mungkin punya alasan mereka sendiri."
Kami berdua terdiam, masing-masing larut dalam pemikiran tentang apa yang sebenarnya berlaku di Akademi Putra.
Saat aku melangkah keluar, sebuah pertanyaan terlintas di benakku, Kenapa pihak sekolah langsung tidak tahu tentangnya? Dengan penuh tekad, aku memutuskan untuk menemui pengetua di bilik rawatan. Sesampainya di sana, aku mengetuk pintu dan terdengar suara perbualan yang tegang. Ternyata, Amiliya sedang berbicara dengan ayahnya, dan tampaknya ada ketegangan antara mereka.
"Kenapa ayah bubarkan Kelab Misteri?" Amiliya bertanya dengan nada marah dan kecewa.
Ayahnya menghela nafas dan menjawab, "Ayah tak mahu lihat kamu dalam bahaya lagi. Kelab itu yang membuatkan kamu terjebak dalam risiko yang besar." Amiliya menoleh ke belakang, tetapi ayahnya dengan lembut memujuknya agar tenang.
"Ayah… kenapa hal ini berkaitan dengan ibu?" Suaranya mulai bergetar.
Ayahnya terdiam sejenak sebelum berkata, "Sudah-sudahlah mencari misteri yang berkaitan dengan ibumu. Dia sebenarnya masih hidup." Mata Amiliya membesar, terkejut mendengar pengakuan ayahnya yang tiba-tiba itu.
"D-dia masih hidup? Dimana dia sekarang?" Amiliya bertanya, suaranya serak dengan harapan.
"Semalam, dalam surat yang ditunjukkan oleh rakan kamu, ada maklumat yang menyatakan dia masih dalam pasukan SCI. Dia sedang menjalankan penyiasatan tentang organisasi hitam yang memerhatikan Akademi ini kebelakangan ini. Ayah yakin, dia akan pulang."
Mendengar itu, Amiliya memeluk ayahnya dengan erat, menangis bahagia. Aku, yang merasa momen itu terlalu peribadi, memutuskan untuk berlalu tanpa mengganggu lebih lanjut.
Bel loceng berbunyi, dan para pelajar mulai memasuki kelas masing-masing. Aku mengambil tempat dudukku, memandang sekeliling kelas yang sunyi dengan perasaan yang tenang. Beberapa saat kemudian, Kai muncul di sebelahku.
"Hazrul, aku ada berita buruk," katanya, tampak kecewa. "Kelab Komputer dah tak benarkan aku guna komputer mereka lagi. Maaf."
Aku menatapnya, terkejut. "Apa? Tanpa komputer, kita takkan dapat selidik apa yang terjadi pada rakaman yang tergendala itu!"
Kai tersenyum simpul, seolah-olah cuba menenangkanku. "Tapi… semua dah selesai, kan? Kelab Misteri dah dibubarkan. Apa yang kita perlukan dah kita tahu. Misteri dah terbongkar. Lagipun, Blok 7 dah dikawal ketat oleh pihak tentera."
Support the creativity of authors by visiting Royal Road for this novel and more.
Aku menggeleng, menolak pemikirannya. "Masih ada yang tak selesai, Kai. Aku dapat rasakan."
Kai memandangku dengan serius, mendengar kata-kataku. Akhirnya, dia mengangguk perlahan. "Baiklah. Kalau kau betul-betul mahu aku bantu, cari saja sebuah komputer untuk aku gunakan."
Dia melangkah pergi ke tempat duduknya, meninggalkan aku dengan pikiran yang masih bergelora, bersedia untuk menghadapi misteri yang masih menanti di Akademi Putra.
Setelah waktu pelajar tamat, aku menemui Anis di taman. Dia sedang memandang kolam, terlihat seperti tengah merenung sesuatu yang mendalam. Aku mendekatinya, dan dia berpaling padaku.
"Oh, awak, Hazrul," katanya, mengenaliku.
Kami berjalan bersama, menikmati suasana taman. Dalam perjalanan, aku memberanikan diri untuk bertanya, “Hey, Anis.” Dia menoleh padaku, tertarik.
“Ya, kenapa?” Aku mengingatkannya tentang surat yang diterimanya tempo hari. “Awak ada sebut seseorang berikan surat pada awak, kan? Lalu awak pergi ke hutan. Sebenarnya, apa yang tertulis dalam surat itu?”
Anis berhenti sejenak, seperti sedang berusaha mengingat kembali. “Hmm… Isinya… Oh, saya ingat,” katanya akhirnya. “Di situ tertulis, 'Datanglah ke hutan, Anis. Aku akan menunggumu. Dari sahabat lamamu'.” Dia menambahkan bahwa tanda tangan surat itu hanya berupa huruf ‘G’.
Aku termenung. Kawan lama, dan huruf ‘G’. Pikiranku langsung tertuju pada sang bertopeng. Namun, siapakah dia sebenarnya? Ingin sekali aku menyelidik rekod ujian mereka untuk mencari petunjuk, tapi sayangnya, Kelab Komputer tidak mengizinkanku menggunakan komputer lagi.
Aku kemudian menunjukkan surat yang diterima oleh Amiliya kepada Anis. “Adakah surat ini serupa dengan yang awak terima?” tanyaku. Dia memeriksa surat itu dan menggeleng.
“Tidak, tulisan yang saya terima jauh lebih buruk dan tidak berdaya cipta. Yang ini nampak lebih cantik,” katanya. Aku mengangguk, membenarkan dugaanku bahwa surat Amiliya tidak berkaitan langsung dengan surat yang diterima Anis.
Kami melanjutkan perjalanan, namun pikiran tentang kata-kata sang bertopeng di atas bumbung semalam terus menghantuiku, 'Hanya aku yang tahu apa masalah dia yang sebenar.' Juga, pesan Anis di perpustakaan, 'Hati-hati, dimana awak melangkah mereka sentiasa memerhatikan awak.' Rasa ingin tahuku memuncak, hingga aku tak bisa menahan diri lagi.
“Hey, Anis, apa maksud awak dengan ‘di mana saya melangkah, saya sentiasa diperhatikan’?” tanyaku.
Dia berhenti, lalu berpaling padaku, sedikit ragu. “Kalau saya beritahu, awak jangan gelak, ya.”
Aku tersenyum, meyakinkannya. “Ya, baiklah.”
Dia menghela nafas dan berkata sambil menoleh ke sisi, “Sebenarnya, saya ada dua kelebihan hasil dari ujian itu—luka cepat sembuh dan penglihatan mata yang tajam. Dan disebabkan penglihatan saya yang sangat tajam, saya boleh… nampak ‘hantu’.”
Aku tersenyum kecil, nyaris tertawa, tapi berusaha menahan. Aku tahu dia serius, walau kedengarannya sulit dipercaya. Melihatku, dia tersenyum sedikit, mungkin mengenang masa lalu.
“Sudah, mari kita pergi,” katanya, kembali berjalan sambil mengajakku.
Aku terus memandangnya, rasa ingin tahuku makin dalam. Siapa yang telah membuat Anis melupakan semua peristiwa lamanya? Di tengah perjalanan, aku bertanya lagi, “Jadi, itu sebabnya awak menjauhkan diri? Sebab awak boleh nampak hantu?”
“Ya,” balasnya singkat, tanpa ragu.
Aku ingin tahu alasan lain mengapa dia tidak ingin bertemu denganku, tapi dia hanya diam, enggan memberitahu. Aku merasa pasti, masih ada misteri yang belum terpecahkan.
Aku menggenggam surat Amiliya dengan erat, bertekad untuk terus menyelidik dan menemukan kebenaran di balik setiap petunjuk ini.
Saat senja tiba, aku berdiri di atas jambatan, menatap kolam dengan penuh fikiran. Langit memudar, dan bayangan matahari yang hampir hilang menambah keheningan. Tiba-tiba, Max muncul di sebelahku, memecahkan kesunyian.
"Sudah puas mencari misteri yang ada?" tanyanya, suaranya tenang namun penuh maksud. Dia berdiri bersandar di pagar jambatan, memandang ke arah kolam.
Aku menghela nafas dan menjawab, "Belum. Aku masih tertanya siapa sebenarnya sang bertopeng itu, dan kenapa dia memberi amaran padaku."
Max mengangguk sambil memandangku, ekspresinya serius. "Aku tidak tahu siapa dia sebenarnya. Tapi, waktu aku bertemu dengannya, aku dapat rasa dia bukan lawan yang mudah. Pedangnya... mirip dengan pedang ketuaku."
Aku tersentak mendengar ini. "Max, adakah kau tahu siapa Raimundor?"
Max terdiam sejenak, seolah tenggelam dalam memori lama. "Raimundor? Dia seorang pahlawan pedang yang hebat. Dialah yang mengajar aku cara bermain pedang. Tapi dia sudah pergi... masuk ke dalam cahaya, meninggalkan kami. Dia memang luar biasa."
Langit berubah gelap, dan Max mengajakku pulang. Dia mulai berjalan, tetapi aku tetap berdiri di sana, meremas surat Amiliya di tanganku, berusaha mencari petunjuk terakhir. Dalam keputusasaan, aku membaling surat itu ke udara. Namun, saat kertas itu terayun, cahaya terakhir matahari menyingkap sesuatu di atasnya.
“Eh! Apa ni?” Aku menatap surat itu dengan terkejut. Di situ, tersingkap tulisan rahsia:
"Hati-hati. Akademi Putra akan mengalami nasib yang sama seperti Akademi Mutiara Bersinar bila menjelang Hari Terasing."
Max yang mendengar keterkejutanku, segera berbalik. "Apa yang kau baca?"
Aku menunjukkan kepadanya tulisan itu, dan wajahnya segera berubah serius. "Hari Terasing... Aku tahu apa maksudnya. Hari Terasing ialah hari di mana semua alat komunikasi tidak berfungsi. Dan pada masa itulah..."
Aku menyambung, "Hari di mana Akademi ini akan diserang."
Max kelihatan gelisah. "Jadi, askar yang mereka hantar selama ini cuma pengintai, askar yang rela mati untuk mencari titik lemah di sekolah ini. Bila hari itu tiba, mereka akan datang dengan kekuatan penuh."
Aku terkenang mimpiku—majlis hari jadi pengetua diserang oleh sekumpulan orang, dan di antara mereka, seseorang ketawa dengan nada jahat yang menusuk hati. Mimpi itu terasa semakin nyata.
Max menatapku dengan penuh kesungguhan. "Kawanmu, Kai, mungkin tak nak terlibat dalam hal ini," katanya perlahan.
"Ya," aku mengakui. "Dia sudah bilang padaku dia tak punya komputer untuk meneruskan siasatan ini."
Max berpikir sejenak sebelum mengangguk. "Aku akan usahakan komputer baru untuknya. Kita perlu dia dalam pasukan kita. Tanpanya, kita lemah. Dan lagi satu," katanya, hampir berbisik, "ini bukan lagi tentang siasatan. Ini tentang melindungi sekolah ini... melindungi dunia sebelum Hari Terasing tiba."
Max pun berjalan meninggalkanku, dan aku berdiri di sana, ditemani bayangan matahari yang hampir menghilang.
Pada malam itu, aku bermimpi lagi. Mimpi yang semakin jelas, semakin nyata. Aku melihat kawan-kawanku, satu demi satu, pergi. Di dalam kegelapan itu, dunia terasa kosong, dan aku hanya tinggal sendirian.