Persidangan dihentikan seketika. Aku menutup mata, cuba untuk menggali lebih dalam lagi maklumat yang ada di sekelilingku. Pikiran aku terus berputar, mengingatkan tentang larangan bertulis yang sempat aku baca sebelum ini, "Kawasan ini bebas haiwan." Kata-kata itu terus berulang dalam benak ku. Semakin dalam aku berfikir, semakin banyak maklumat yang muncul, seolah-olah ada sesuatu yang aku terlepas pandang. Tiba-tiba aku teringat akan sesuatu yang aneh — jarak antara Blok 7 dan tandas wanita.
Aku membuka mata dengan segera, dan pada saat itu, sesuatu yang besar terungkap dalam fikiranku. Aku sudah tahu siapa sebenarnya si penjubah itu. Tanpa membuang masa, aku berdiri dan berkata dengan yakin, "Si penjubah itu berada di sekitar kita. Malah dia sedang mendengar apa yang kita cakapkan."
Azmi, Amiliya, Anita, dan Atirah semuanya terkejut dengan kata-kataku. Mereka memandangku dengan penuh kekeliruan. Aku memandang ke sekeliling dengan tajam, mataku tidak terlepas dari seorang individu di dalam bilik itu.
"Orang itu ialah…" aku terhenti seketika, tetapi tidak sempat menghabiskan kata-kata kerana pintu tiba-tiba dibuka dengan kuat. Justin masuk dan berkata dengan tenang, "Ialah Atirah."
Semua orang terkejut, termasuk aku. Semua pandangan tertumpu pada Atirah yang berdiri dengan tenang di sudut bilik. Atirah tidak sempat menjawab, sebaliknya dia melepaskan tembakan ke arah Justin. "Maaf," katanya dengan suara yang tidak begitu terkesan, dan Justin jatuh rebah di depan pintu.
Keadaan menjadi semakin kacau. Atirah cuba menembak Anita, tetapi Azmi dengan cepat menghalang tembakan tersebut. Amiliya yang sedang terkejut dengan kejadian itu tiba-tiba terjatuh ke atas lantai kerana terminum racun yang disembur oleh Atirah.
Tembakan Atirah tidak didengari oleh sesiapa kerana dia telah memasang alat penggenap bunyi. Aku dengan pantas mengelak, namun tembakan itu tetap mengenai bahagian kaki aku. Aku jatuh ke lantai, kesakitan.
Atirah memandang Justin yang kesakitan, dengan nada yang lebih tenang, berkata, "Pistol ini bukan bertujuan untuk membunuh." Dia kemudian membuka pintu dan melarikan diri.
Ketika Atirah keluar, seseorang muncul dari bayang-bayang, meluru ke arah Atirah. Dengan pergerakan yang perlahan dan penuh keyakinan, Max merampas senjata yang dipegang Atirah.
"Kau memang bijak, tapi kami lebih bijak daripada kau," kata Max sambil berpusing dan menyasarkan pistol pada Atirah.
"Tembaklah," jawab Atirah sambil tersenyum lebar, seperti tiada apa yang dapat menggoyahkan kepercayaannya.
Aku cuba menghalang Max, berlari ke arahnya dengan harapan dapat menghalang tembakan itu, namun Max tidak memperdulikan aku. Dia terus menekan butang picu pistol. Namun, pistol tersebut tidak mengeluarkan tembakan, dan Max terkejut. "Apa?" katanya dengan kehairanan, sambil menekan bicu pistol berulang kali.
Max segera membuka slot peluru dan memeriksa isinya. Atirah hanya tersenyum dan berkata dengan tenang, "Aku dah kata. Pistol itu bukan bertujuan untuk membunuh."
Pada ketika itu, lampu di dalam bilik terpadam buat seketika, mengubah suasana menjadi kelam. Apabila lampu menyala semula, Atirah sudah hilang tanpa jejak.
Max menanyakan kami, "Adakah kamu semua selamat?"
Justin yang kini berdiri dan meraba bajunya berkata, "Ya, kerana baju ini lah aku selamat."
Dengan wajah yang penuh tanda tanya, Justin bertanya pada Kai, "Ke mana arah Atirah pergi?"
"Ke arah taman," jawab Kai menerusi alat komunikasi.
Max kemudian menerima laporan dari Kai yang mengatakan bahawa seseorang sedang menuju ke arah bilik pengetua.
"Rupanya si penjubah ada dua," kata Justin, dengan nada yang sedikit terkejut. "Kami terpecah. Aku dan Max akan pergi ke dalam bilik pengetua. Justin dan Azmi, kalian pergi cari Atirah. Anita, kau hantarkan Amiliya ke bilik rawatan."
Keempat-empat kami bergerak pantas ke arah tugas masing-masing, dengan hati yang penuh dengan kebimbangan dan tekad untuk menyelesaikan misteri ini sebelum terlambat.
Apabila kami tiba di hadapan bilik pengetua, kami mendapati pintu terkunci dari dalam. Tanpa berfikir panjang, Max mengeluarkan pedangnya dan mula mencongkel pintu untuk membukanya. Begitu pintu terbuka, pemandangan di dalam bilik itu mengejutkan kami—seorang lelaki berjubah sedang mengacukan pistol ke arah pengetua yang terduduk, dengan kaki berlumuran darah akibat tembakan.
Max melangkah masuk dengan cepat dan menegur lelaki berjubah itu, “Apa yang kau buat?”
Penjubah itu memalingkan muka ke arah kami, matanya tajam seperti pisau, sebelum tiba-tiba berlari pantas menuju ke tingkap. Max cuba menghubungi Kai menggunakan alat komunikasi, namun seakan-akan alat itu sudah rosak dan tidak berfungsi.
Tanpa membuang masa, Max menoleh ke arahku dan berkata, “Kau jaga pengetua. Aku akan kejar dia.”
Aku mengangguk, kemudian berlari ke sisi pengetua, sementara Max melompat keluar dari tingkap mengejar lelaki berjubah itu. Dari dalam bilik, aku melihat mereka berlari dengan pantas, melompat dari satu bumbung ke bumbung yang lain di atas sekolah. Kejar-mengejar mereka semakin jauh dari pandangan, tetapi ketegangan dalam bilik itu tetap terasa, seakan-akan masa berhenti sejenak.
Aku bertanya kepada pengetua, "Apa yang berlaku?"
Pengetua menoleh sedikit dan menjawab dengan suara yang berat, "Kau tidak layak mengetahuinya."
Aku tidak berputus asa dan bertanya lagi, sambil melangkah ke arahnya, "Kenapa pengetua tidak mahu memberi tahu kami segalanya tentang sekolah ini? Kalau pengetua memberitahu kami, kami boleh menolong pengetua."
Saat aku berjalan mendekat, aku tanpa sengaja terpijak perangkat yang ditinggalkan oleh lelaki penjubah tadi. "Nanti! Hati-hati, jangan datang dekat!" jerit pengetua dengan nada yang agak cemas.
Namun, terlambat—kaki aku terkena peluru beracun yang dilancarkan dari perangkat itu. Rasa sakit yang tajam menyusup ke dalam tubuhku, membuat aku terhuyung-huyung dan terpaksa bersandar pada dinding sebelum akhirnya rebah. Tanganku dan kakiku kehilangan deria, dan aku tidak mampu bergerak mahupun berjalan.
Pengetua memandangku dengan penuh keprihatinan dan berkata, "Aku sudah pesan supaya jangan mendekati ku."
Dia melihat aku dengan serius dan menambah, "Nampaknya kesan ubat itu akan hilang dalam beberapa jam."
Aku cuba bertanya dengan suara yang lemah, "Apa tujuan sekolah ini dibina? Boleh bagitau saya semuanya?"
Pengetua merenung ke arahku dengan pandangan yang sukar dibaca, lalu menjawab, "Kamu sama macam Amiliya. Sebenarnya, tujuan aku mencipta sekolah ini adalah kerana aku mahu supaya para pelajar dapat melupakan masalah yang mereka hadapi."
The story has been stolen; if detected on Amazon, report the violation.
Aku mengerutkan dahi, masih bingung dengan jawapan tersebut, lalu terus bertanya, "Pengetua, apa yang ada di sebalik Blok 7?"
Pengetua menghela nafas panjang, dan dengan wajah yang penuh ketegangan, dia akhirnya berkata, "Baik, memandangkan sudah sejauh ini, aku akan ceritakan kesemuanya. Sekolah ini adalah gabungan antara dua sekolah—Sekolah Permata Mutiara dan Akademi Mutiara Bersinar. Sekolah Permata Mutiara adalah tempat tinggal anak-anak yatim piatu, sementara Akademi Mutiara Bersinar pula adalah tempat untuk mereka yang berbakat."
Dia berhenti sejenak, seperti memikirkan kembali kisah yang ingin dia sampaikan, sebelum menyambung, "Pada suatu hari, aku berjaya menemui ubat yang dikatakan dapat membantu memulihkan sel badan manusia. Jadi, untuk menguji ubat tersebut, aku bekerja sama dengan pihak SCI. Pihak SCI mengambil beberapa orang pelajar dari Sekolah Permata Mutiara untuk dijadikan bahan uji kaji. Mereka memilih pelajar yang malang nasibnya—seperti kehilangan kaki, tangan, atau mempunyai sel badan yang lemah. Pelajar-pelajar ini dipilih dengan harapan kehidupan mereka akan menjadi lebih baik setelah menjalani ujian tersebut.
Tapi malangnya, alat yang kami gunakan untuk menguji ubat itu mengalami kerosakan, dan eksperimen itu menyebabkan pelajar-pelajar yang diuji berubah menjadi makhluk yang ganas. Hanya tiga orang yang berjaya bertahan dan terselamat. Kami terpaksa mengurung mereka dalam penjara, berharap mereka dapat dipulihkan semula. Namun, seseorang membebaskan mereka, dan markas kami diserang oleh pengganas. Kami tidak mampu melawan mereka, jadi kami memutuskan untuk meletupkan markas tersebut."
Pengetua berhenti sebentar, menatap aku dengan pandangan yang serius. "Selepas itu, Squak IV menjumpai beg yang mengandungi data-data berkaitan ubat tersebut. Mereka memberikannya padaku, dan aku harus menyimpannya dari tangan pengganas. Aku rasa simpati dengan Sekolah Permata Mutiara yang menjadi mangsa letupan itu, jadi aku bercadang untuk membina sekolah yang dapat menggantikan tempatnya."
Wajah pengetua berubah sedikit suram. "Namun, Ibu Amiliya menghalang aku. Dia takut aku akan melakukan ujian yang sama terhadap pelajar di sekolah ini. Dia meminta bantuan SCI, tetapi entah bagaimana, tempat dia bekerja meletup. Apabila akademi ini akhirnya siap dibina, pihak Squak IV menempatkannya di satu lokasi yang sangat rahsia. Nama tempat itu ialah Blok 7."
Pengetua mengerutkan dahi, seolah-olah teringat sesuatu yang penting. "Sekarang, aku harus mengetatkan lagi kawalan di Blok 7 kerana baru-baru ini ada orang cuba menceroboh masuk ke sana. Aku tak boleh biarkan ia jatuh ke tangan yang salah."
Aku terdiam, merenung pengetua dengan perasaan yang bercampur baur. Segala yang aku dengar terasa begitu berat, dan aku mulai faham kenapa sekolah ini wujud dan apa yang sebenarnya sedang berlaku di balik tabirnya.
Aku mengeluarkan surat yang Amiliya tulis dan memandang pengetua dengan serius. "Adakah pengetua tahu tentang maksud yang ditulis di dalam kertas ini?"
Pengetua mengerutkan dahi, kelihatan agak terkejut. "Apa yang ditulisnya?" tanyanya, nampaknya tidak sabar untuk mengetahui isi surat tersebut.
Aku membuka surat itu dan membaca dengan perlahan, "Akademi Putra akan mengalami nasib yang sama."
Pengetua mengambil surat itu dan melihatnya sejenak, kemudian berkata dengan suara yang penuh perasaan, "Itu tulisan ibu Amiliya, seperti yang aku agak. Dia masih hidup."
Dia tersenyum sinis dan ketawa pelahan, "Aku... tak sangka dia masih lagi hidup."
Aku memandang pengetua dengan pandangan tajam dan bertanya lagi, "Pengetua tahu apa maksudnya?"
Ketawa pengetua perlahan-lahan mereda. Dia berhenti sejenak, wajahnya kembali serius. "Ya, sekarang aku tahu. Pengganas itu akan menyerang sekolah ini untuk mendapatkan beg itu. Tapi pasukan BlackAlpha—yang sebelum ini dikenali sebagai SCI—sudah bersedia menunggu kedatangan mereka. Di setiap Blok 7, mereka sentiasa menjaga tanpa mengira siang atau malam."
Suasana dalam bilik itu menjadi tegang, dan aku dapat merasakan betapa seriusnya situasi yang sedang kami hadapi. Pengetua kelihatan lebih tenang dari sebelumnya, tetapi aku tahu, dia juga mempersiapkan diri untuk kemungkinan yang lebih buruk.
Selepas itu, Justin, Natsumi, dan Azmi datang menghampiriku.
"Kau tak apa-apa ke Hazrul?" tanya Justin, nada bimbang jelas terdengar.
"Tak, cuma kaki aku terkena peluru beracun," jawabku dengan tenang, walaupun rasa sakit mulai menghantui.
"Nampaknya, Atirah berjaya melarikan diri," kata Azmi dengan nada sedikit kecewa.
Kemudian, Natsumi mengeluarkan sejenis ubat penawar dan memberikannya kepadaku. Setelah menelan ubat itu, tubuhku mula terasa lebih ringan, dan aku dapat merasakan pergerakan kembali ke dalam badanku.
Natsumi kemudian menguruskan untuk menghantar pengetua ke bilik rawatan, memastikan keadaan semua orang terkawal.
Aku bertanya kepada Azmi, "Di mana Anita?"
Azmi menjawab, "Dia berada di bilik rawatan, menemani Amiliya."
"Jadi Atirah ialah si penjubah itu?" tanyaku, mengingat kejadian tadi.
Justin membalas, "Aku tak rasa dia jahat, sebab dia sempat meminta maaf sebelum menembakku."
Azmi pula berkata, "Mungkin dia dipaksa."
Ketika itu, Justin menerima laporan daripada Kai. "Justin, aku sudah tahu di mana lokasi Atirah."
"Dimana?" tanya Justin, kelihatan teruja.
Kai menjawab, "Di hutan, sepertinya dia mahu pergi ke Blok 7."
"Baik, kami akan pergi kesana," kata Justin, siap untuk bertindak.
Tiba-tiba Kai berkata dengan tegas, "Nanti dulu. Seperti Anis dalam bahaya."
Aku menatap Justin, lalu berkata dengan penuh semangat, "Kita kena berpecah. Azmi, kau pergi tolong Anis. Aku dan Justin akan menghalang Atirah."
Azmi menggenggam tangannya dengan erat dan berkata, "Aku takkan membiarkan Anis dalam bahaya lagi."
Azmi bergegas pergi untuk membantu Anis, manakala aku dan Justin berlari menuju ke arah Atirah, dibantu oleh Kai melalui alat komunikasi.
Kami berlari menuju ke arah Blok 7 dan tiba-tiba ternampak Atirah terbaring di atas tanah, tubuhnya berlumuran darah akibat tikaman. Dengan wajah cemas, Justin segera bertanya, “Apa yang terjadi kepada kau, Atirah?”
Atirah menjawab dengan suara lemah, “Seseorang menikam aku dari belakang. Aku tak tahu siapa… Maaf, Justin, sebab aku pernah cuba untuk membunuh kau.”
Aku, yang sedang memegang tubuhnya, bertanya dengan rasa kecewa, “Kenapa kau sanggup mengkhianati kami?”
Dia menatap aku dengan mata yang sayu, “Aku terpaksa mengkhianati kalian… Kalau tidak, ibu bapa aku akan dibunuh. Tapi semua sudah terlambat… mereka sudah pun tiada.” Aku dan Justin terdiam, terkejut mendengar apa yang dikatakannya. Dengan sisa-sisa tenaganya, Atirah melanjutkan, “Jika aku tidak menemukan di mana beg NPV itu, aku juga akan dibunuh… Tapi aku gagal.”
Suaranya semakin perlahan, dan dia menggenggam tanganku dengan erat. “Aku tak menyesal pernah bersama kamu semua. Setiap detik dalam Kelab Misteri sangat berharga.”
Tak lama kemudian, Natsumi tiba, tergesa-gesa memberikan penawar, tetapi ia sudah terlambat. Atirah memandangnya dan berkata lembut, “Tak perlu, jangan buang penawar itu. Biarkan aku begini.”
Dengan nafas terakhir, Atirah menatap aku dan mengucapkan sesuatu yang mengejutkan. “Sebenarnya… aku sukakan kau, Hazrul.”
“Apa?” Aku terkejut mendengar kata-katanya.
“Saat pertama kali kita bertemu… aku sudah suka, tapi tugas aku menghalang semuanya.” Suaranya makin lemah. “Kalau boleh, aku mahu sentiasa ada di sisi kau.”
Saat nafasnya berhenti, daun-daun di sekeliling berguguran. Justin dan Natsumi berdiri di situ, turut merasakan kesedihan mendalam atas kehilangan Atirah.
Namun tiba-tiba, suara dingin datang dari atas pokok. “Sedih betul aku dengar cerita korang.”
Kami mendongak dan terlihat seorang lelaki bertopeng berdiri di dahan, sebelum dia melompat turun dan mendekati kami dengan senyum sinis. “Aku dah pesan supaya hati-hati dengan Atirah, kan, Justin?”
Justin membalas dengan nada sinis, “Apa sebenarnya tujuan kau lindungi Anis?”
Sang bertopeng menggeleng perlahan, “Jangan berlagak penyelamat, Justin. Hanya aku tahu apa masalah Anis yang sebenar.” Dia melangkah mendekati kami dengan tenang, sambil berkata, “Lagi pun, Raimundor mati kerana kau juga.” Dia ketawa perlahan, menghantar gelombang marah di wajah Justin.
Justin mendengus. “Kau silap! Raimundor tak mati kerana aku. Dia berkorban untuk lindungi kami semua.” Natsumi, yang ada di situ, mula mengingat sesuatu tentang Raimundor, seorang pejuang yang tak kenal takut.
Max dan Azmi tiba tepat pada waktunya, memandang kami yang masih terkesan oleh kata-kata bertopeng itu. “Baiklah, kalau dia seorang pahlawan, aku nak tengok dia di akhir dunia nanti,” kata lelaki bertopeng sambil menghilangkan diri ke dalam bayangan malam.
Max mendekati kami, menyesal. “Si penjubah itu terlepas…”
Azmi pula menambah, “Rakaman tergendala, tak sempat kita jejak semua.”
Tak lama kemudian, Kai cuba menghubungi melalui radio, “Maaf semua, beberapa rakaman tak berfungsi tadi. Jadi aku tak tahu apa yang berlaku sepenuhnya.”
Setelah peristiwa itu, Atirah dikebumikan bersama ibu bapanya. Kelab Misteri terpaksa dibubarkan, dan kami semakin memahami rahsia sekolah ini, Blok 7, dan sejarah BlackAlpha.
Kami melawat kubur Atirah, memikirkan apa yang akan berlaku seterusnya. Hari-hari selepas itu kembali seperti biasa… tetapi dalam hati kami, Atirah dan segala pengorbanannya takkan pernah dilupakan.
“Atirah, nampaknya menderita dengan teruk dan dia kehilangan ibu bapa.”
“Apa yang kau nak buat dengan dia?” tanya Natsumi.
Sang bertopeng mendekat, “Ini akan perlahan sel dalam badan dia.” Atirah disuntik oleh sesuatu seperti serum yang dibawa oleh sang bertopeng.
“Atirah tidak akan mati dengan mudah. Serum ini akan tingkatkan kekebalan tubuh dia dan dia akan menjadi seperti Anis. Ini ialah serum cubaan yang aku buat sendiri. Harap ini akan membantu dia dan Natsumi.”
Natsumi berpaling, “Tolong pindahkan Atirah ke organisasi atas.” Sebut Sang Bertopeng dengan perlahan dan hanya Natsumi yang memahaminya.