Novels2Search
Akademi Putra Hari Terasing [Malays]
Chapter 15 Misteri Dipecahkan Part 02

Chapter 15 Misteri Dipecahkan Part 02

PERSIDANGAN

Lalu Persidangan dimulakan.

Anita: Kita nak mulakannya dari mana dulu?

Azmi: Dari mula.

Amiliya: Baiklah.

Azmi: Sekolah Permata Mutiara adalah tempat tinggal anak yatim piatu. Anis, Saiful, Hakimi, Hafiz dan aku pernah sekolah disana. Kemudian BlackAlpha mengambil Anis, Hariz, Hakimi dan pelajar yang lain untuk menjalankan ujian. Selepas itu sekolah kami terpaksa ditutup oleh BlackAlpha.

Amiliya: Kemudian Ayah aku menubuhkan sebuah sekolah tapi dihalang oleh ibuku.

Azmi: Tak lama selepas itu aku terpilih untuk datang ke Akademi Putra. Aku bertemu dengan Anis dan pada suatu hari aku terlihat BlackAlpha mengambil sebuah Beg. Aku teringin untuk jalankan siasatan mengenainya.

Anita: Kemudian kamu berdua melihat video di perpustakaan. Video itu membuatkan Anis trauma. Betul kan?

Azmi: Ya. Setelah itu kami mencari orang untuk menggantikan tempatnya lalu Anita.

Anita: Lalu saya menganjak awak Hazrul.

Hazrul: Kenapa?

Anita: Kerana masa hari pendaftaran saya melihat awak dengan Atirah sedang berbual tentang Blok 7.

Azmi: Apa tujuan kau menegur Hazrul? Atirah?

Atirah: Tujuan aku adalah kerana aku melihat Hazrul yang sedang melihat carta pelajar. Aku fikir dia sukakan perkara misteri jadi itu tujuannya.

Hazrul: Ya. Masa tu aku melihat carta pelajar jadi aku tertarik sedikit.

Azmi: Carta tentang apa?

Hazrul: Berkaitan dengan kelas 2A.

Azmi: Itu tentu ada kaitan dengan Justin. Boleh kau ceritakan macam mana kau boleh berjumpa dengannya.

Hazrul: Masa tu aku dan Amiliya pergi ke Blok 7 lalu justin melarang kami. Betulkan Amiliya?

Amiliya: Betul. Masa tu jugalah kami rasa diperhatikan. Si pemerhati melarikan diri lalu Kami mengejarnya sehingga sampai ke Blok 7.

Azmi: Apa yang berlaku seterusnya?

Amiliya: Kemudian Hazrul meninggalkan kami.

Hazrul: Oh, pasal tu. Aku kena tolong Husnah memasak. Jadi aku agak sibuk. Tapi selepas tu Justin mengajak kami memecah masuk bilik Pengetua.

Amiliya: Ya, Sebab aku yang suruh. Apabila kami berada di bilik pengetua. Pengetua menerima laporan mengatakan seseorang cuba menceroboh masuk Blok 7.

Azmi: Mungkin orang yang memerhatikan kamu. Apa tujuan kamu bertiga pergi bilik pengetua?

Hazrul: Mungkin Amiliya cuba mencari bukti berkaitan dengan ibunya dan juga dia menerima surat. Ini suratnya.

Amiliya: Ya, tapi aku sudah tidak peduli kerana Justin lah aku dapat melupakannya.

Hazrul: Isi yang terdapat dalam surat ini ialah 'Akademi Putra akan mengalami nasib yang sama'.

Azmi: Nasib yang sama?

Anita: Mungkin Maksudnya ialah, Akademi Putra akan mengalami nasib yang sama seperti Sekolah Permata Mutiara dan juga Akademi Permata Bersinar.

Azmi: Mungkin.

Amiliya: Baik kita teruskan lagi dengan Hazrul.

Hazrul: Aku?

Amiliya: Kenapa kau melarikan diri semasa Aiman sedang sakit?

Hazrul: Sebenarnya, Aku mencari Justin.

Amiliya: Kenapa?

Hazrul: Masa tu aku tahu apa itu NPV. Aku bertanya pada Natsumi semasa mengambil ubat untuk Aiman. Katanya NPV ialah sebuah ubat yang mampu memulihkan sel manusia dengan pantas.

Azmi: Memulihkan sel. Macam mana kau boleh kenal Natsumi?

Reading on Amazon or a pirate site? This novel is from Royal Road. Support the author by reading it there.

Hazrul: Masa aku tolong Husnah. Masa tu lah aku kenal dia.

Azmi: Apa yang berlaku pada Anis sehingga dia terpaksa pergi ke bilik rawatan?

Hazrul: Kerana selepas aku memberi ubat kepada Aiman aku pergi ke bilik kimia. Lalu aku terdengar perbualan diantara Natsumi dan Justin. Selepas itu Justin dan Natsumi keluar lalu Justin menyuruh ku mengambil Ubat dan berjumpanya di taman.

Amiliya: Tapi kau dihalang oleh Haikal dan Kai.

Hazrul: Ya betul itu. Aku cuba meminta ubat daripada Dayana tetapi dia tidak membenarkan kerana Aiman lebih memerlukannya. Jadi aku terpaksa pergi ke taman tanpa membawa apa-apa. Tak lama kemudian aku melihat Anis berlawan dengan si penjubah. Kemudian dia diberi racun lalu pengsan itu lah punca kenapa Anis sakit.

Azmi: Si penjubah?

Amiliya: Kerana dia memerhatikan kami sambil memakai jubah sebab itu lah kami panggilnya si penjubah.

Hazrul: Ya, selepas itu Justin, Natsumi dan seorang lagi kawan mereka datang melawan si penjubah itu. Apabila si penjubah hilang kami bertemu dengan sang bertopeng.

Azmi: Itu ke orang yang kau tanya pada aku tempoh hari?

Hazrul: Ya. Sang bertopeng juga pernah melawat Anis dan memberikan Amaran kepada aku dan juga Justin.

Anita: Hmmm...

Hazrul: Ada apa Anita?

Anita: Aku terfikir macam mana Justin boleh tahu berkaitan beg NPV.

Amiliya: Kerana dia pernah bertanya pada Saiful tentang kenapa Saiful selalu memandang pembinaan.

Hazrul: Kerana ia ada kaitan dengan masa lalunya iaitu kemusnahan sekolah permata mutiara. Tapi dia ditenangkan oleh Justin. Jadi dia tidak lagi berfikir tentang pembinaan itu. Dia juga melihat seseorang mengeluarkan Beg daripada tanah.

Azmi: Jadi Saiful ternampak Beg NPV dan mengingau tentangnya lalu menceritakan kepada Justin?

Hazrul: Ya.

Azmi: Baru aku faham.

Amiliya: Kita sudah tahu kenapa Saiful memandang pembinaan itu dan macam mana Anis boleh pengsan. Tapi kenapa Anis boleh berlawan dengan si penjubah?

Hazrul: Kerana dia menerima surat yang menyuruhnya pergi ke hutan. Lalu si penjubah menyerangnya dari belakang.

Azmi: Mungkin surat itu sama dengan surat yang diterima Amiliya.

Hazrul: Mungkin betul, mungkin tidak. Oh, Aku teringat Atirah pernah mengajak aku untuk pergi memeriksa Blok 7. Lalu dia meminta diri untuk pergi ke tandas.

Atirah: Waktu itu saya sakit perut maaf lah.

Azmi: Apa tujuan awak mengajak Hazrul?

Atirah: Untuk mencari lebih banyak lagi misteri. Teruskan Hazrul.

Hazrul: Setelah itu Justin menolak aku. Rupanya dia menyelamat aku dari bahaya.

Azmi: Bahaya apa?

Hazrul: Lampu yang jatuh dari tingkat yang tinggi mungkin dari si penjubah yang cuba membunuhku. Kemudian Justin ternampak si penjubah berlari ke dalam hutan. Justin mengejarnya. Apabila Justin hampir berjaya menangkapnya si penjubah melawan semula dan berlari ke dalam kabus. Setelah itu kami terjumpa CIP yang terjatuh dari si penjubah tak lama kemudian Atirah datang.

Atirah: Waktu itu aku ternampak Hazrul dan Justin berada di dalam hutan.

Hazrul: Azmi. Apa yang dimaksudkan kau tentang 'Ada udang di sebalik batu'?

Azmi: Kerana ada pemerhati.

Hazrul: Dan kenapa kau membawa aku pergi melawat Anis di asrama perempuan?

Azmi: Aku dah kata, Aku cuma menolong kau.

Anita: Ahhhh, Aku dah bosong boleh kita teruskan dengan mencari siapa si penjubah itu?

Azmi: Baik, waktu itu aku sedang berjalan di kawasan pembinaan lalu aku berasa diperhatikan. Aku tahu ada sesuatu dalam disebalik semua ini.

Hazrul: Aku pun berasa semua itu. Anis pernah memberitahu ku "Dimana awak melangkah mereka sentiasa memerhatikan awak". Lebih kurang macam tu lah.

Azmi: Tolong ceritakan semua tempat yang kau rasa diperhatikan.

Hazrul: Baiklah. Di kawasan taman tepatnya apabila aku dan Amiliya sudah selesai menyapu sampah, Kawasan halaman sekolah dimana Haikal mengambil gambar ku, Di hutan semasa Atirah mengajak ku pergi ke Blok 7 dan Semasa Anis bertarung dengan si penjubah yang terakhir ialah di bilik Justin. Masa tu dia cuba membunuh Justin tetapi tidak berjaya. Sang bertopeng juga pernah bagi amaran tentangnya.

Azmi: Dimana awak baru-baru ini Atirah?

Atirah: Eh, saya cuma memburu tupai.

Azmi: Awak berkelakuan pelik baru-baru ini. Semasa Justin menanyakan tentang Beg NPV awak bersungguh untuk tahu mengenainya dan apabila Anis sakit awak tidak melawatnya. awak kerap menghilang.

Atirah: Ala, saya cuma pergi memburu je.

Anita: Boleh cepatkan ke? Saya ada aktiviti lain pulak ni.

Azmi: Kau rasa siapa si penjubah ini?

Hazrul: Aku tidak tahu lagi siapa aku hanya menunggu Kai berjaya menyelesaikan kerjanya.

Amiliya: Jadi Kai pun tahu mengenai hal ini?

Hazrul: Ya, dan dia lah yang berjaya membuka CIP tersebut. Dalam CIP itu tertulis "Kamu harus mencari NPV, jika tidak mereka akan mati." Lebih Kurang macam tu lah.

Azmi: Itu menunjukkan si penjubah diugut. Lagi apa?

Hazrul: Anis menghidap amnesia adakah kau tahu mengenai ini?

Azmi: Mungkin racun yang terkena pada Anis dan Aiman adalah punca nya.

Anita: Aisss lamanya.

Azmi: Ada petunjuk lain?

Hazrul: Tak, setakat ini kita hanya tunggu Kai siap dan selepas itu kita akan tahu siapa si penjubah yang sebenarnya.

Azmi: Baiklah, tentu kau tahu apa yang terjadi pada Anis semasa dia jalankan ujian kan?

Hazrul: Ya, masa ujian dijalankan Tiga orang dari mereka terselamat tapi yang sebaliknya menjadi raksasa ganas dan menyerang markas itu. Mereka tidak mampu melawannya jadi mereka memutuskan untuk mengebom markas tersebut.

Azmi: Itu saja?

Hazrul: Ya, Selepas kejadian itu BlackAlpha menemukan Beg berisi ubat NPV di tempat kejadian.

Azmi: Jadi mungkin seseorang membuat salinan data dan masukkannya ke dalam Beg itu.

Hazrul: Tapi kenapa dia boleh tertanam di kawasan pembinaan?

Anita: Mungkin seseorang cuba menyembunyikannya.

Amiliya: Siapa?

Azmi: Mungkin orang terdahulu dari kita. Kau kata NPV ialah ubat yang membaiki sel tapi kenapa orang yang diuji menjadi raksasa?

Hazrul: Kerana ada orang yang menterbalikkan ujian. Aku tidak tahu siapa mungkin pengganas.

Atirah: Aku rasa pengganas cuba mencari Beg NPV lalu dia menghantar orang untuk mengawasi sekolah ini dan dimana letaknya NPV?

Azmi: Tapi siapa?

Lalu Sidang kelab berhenti seketika.

Aku berfikir sejenak untuk mendapatkan lebih banyak maklumat. Aku menutup mataku dan dalam bayangan ku aku terbaca papan tanda. "Kawasan ini bebas dari Haiwan."

Kemudian aku terfikirkan tentang jarak diantara Blok 7 dengan tandas wanita. Amiliya bertanya pada Anita sambil meminum air.

"Hey Anita, kalau awak jadi pemerhati dimana awak nak cari letaknya Beg NPV?"

Balas Anita "Kalau saya jadi pemerhati, saya akan menyamar jadi salah seorang pelajar sekolah ni secara senyap-senyap."

Kemudian aku sudah tahu jawapannya rupanya si penjubah bergitu dekat sekali dengan aku. Iaitu salah seorang dari kenalan aku.

Sambil memerhatikan pada Anita aku berkata "Aku tahu siapa si penjubah itu. Dia berada di sekitar kita selama ini. Orang itu ialah."

Bersambung.....