HARI KEEMPAT BELAS
Pada pagi tersebut seseorang memukul muka ku dengan bantal. "Bangun Hazrul."
"Apa dia Aiman?" Kata aku kepada Aiman.
Dia menunjuk jarinya ke arah tingkap lalu berkata "tengok lah tu, ibu bapa kau datang seperti yang mereka katakan."
"Apa?" aku terkejut.
"Mana? tepi memang betul lah."
Aku melihat ke arah tingkap kemudian aku berpaling ke arah Aiman. "Mari kita pergi sambut mereka."
Unauthorized duplication: this tale has been taken without consent. Report sightings.
Tak lama selepas itu kami melihat Alia yang sedang menegur mereka di kawasan taman.
"Alia. Kamu pun bersekolah di sini juga ya?" tanya ibu bapaku.
"Ya," jawab Alia.
Mereka melihat kami "Ooh, Hazrul kamu sihat? Mari sini kat mak sayang."
Aku bertanya kepada mereka sambil dipeluk ibuku "Kenapa mak ayah datang? Apa tujuan?"
"Semalam kami terdengar bunyi tembakan. Mak risau kalau-kalau Hazrul dalam bahaya."
"Tak, sebenarnya orang yang tinggal di bilik atas memasang televisyen dengan kuat cuma itu aja."
Dan selepas itu aku membawa ibu bapa ku bersiar-siar di sekitar sekolah. Aku tidak memberitahu mereka tentang larangan Blok 7. Setelah selesai mereka membenarkan aku untuk terus tinggal di sini.
Aku lega semuanya telah berakhir jika tidak aku akan di pindahkan.
Malam itu Kai memberitahu ku bahawa dia hampir siap memutihkan gambar. Hanya tinggal sedikit sahaja lagi semula gambar itu siap sepenuhnya. Selepas menerima berita itu, aku terbaring di atas katil lalu mula terlelap.
Aku bermimpi tentang kematian seseorang.