HARI KELAPAN
Sudah seminggu aku berada di sini, di Akademi Putra. Pagi itu, kami semua berkumpul di kantin untuk bersarapan. Setelah itu, Husnah masuk ke dapur dan memasak hidangan untuk kami.
Setelah makanan siap, kami semua duduk di meja makan, menunggu Husnah untuk menghidangkan. Sementara kami semua menikmati hidangan, Saiful kelihatan enggan memakan masakan Husnah, jelas sekali kerana egonya yang tinggi. Husnah tidak berputus asa, dan selepas beberapa lama memujuk, akhirnya Saiful memutuskan untuk mencuba. Tak disangka, dia benar-benar menyukai masakan Husnah.
Mimi pula, setelah mencuba, kelihatan terharu. Air muka Mimi berubah seolah-olah mengenang masa silamnya. Dia berkata, "Boleh tahan juga."
"Kau nampak macam terharu, tapi hanya komen 'boleh tahan' je?" Husnah membalas, sedikit tergelak. Mimi hanya tersenyum dan terus makan tanpa memperdulikan apa yang dikatakan Husnah.
Aku melihat Haikal yang sedang sibuk mengambil gambar makanan. Lalu aku berkata, "Makanan pun kau nak ambil gambar?"
"Yelah," jawab Haikal, "Jarang aku nampak masakan sesedap ni!" katanya sambil terus mengambil gambar dari pelbagai sudut.
Namun, tak lama kemudian, Aiman mula berasa tidak sihat. Dia kelihatan agak lemah dan mengadu sakit perut. Dayana, yang kebetulan ada di situ, memeriksanya dan menyatakan bahawa Aiman mungkin keracunan makanan. Tetapi jelas bahawa makanan tersebut bukan dari masakan Husnah.
Dayana segera mengarahkan Aiman untuk mengambil ubat di bilik kimia. Aku segera menawarkan diri dan berlari menuju ke bilik kimia untuk mengambil ubat tersebut.
Apabila aku sampai di bilik kimia, Natsumi menegurku. "Apa yang kamu buat di sini?"
"Aku cari ubat penawar," jawabku ringkas.
Dia mengangguk dan segera mencari ubat tersebut. Ternyata, hanya tinggal satu botol sahaja. Tanpa banyak bicara, dia memberikannya kepadaku. Setelah itu, aku bertanya tentang NPV.
Natsumi kelihatan sedikit terkejut. Tanpa sengaja, dia melepaskan botol kaca yang sedang dipegangnya. Setelah mengambil seminit untuk menenangkan dirinya, dia menjawab sambil membersihkan kaca yang jatuh.
"NPV merupakan salah satu ubat khusus juga merupakan ubat yang sama SCI kerjakan. Ubat ini mampu memulihkan sel manusia dengan sangat cepat. Itu merupakan penemuan terhebat dalam sejarah," jelasnya.
Itulah sahaja yang diketahui oleh Natsumi mengenai NPV. Setelah mendengar penjelasannya, aku bergegas keluar dari bilik kimia dan berlari ke kantin untuk memberikan ubat tersebut kepada Dayana.
Setelah itu, aku segera meninggalkan kantin. Tiba-tiba, beberapa rakan sekelas menghampiriku dan menegur.
"Kemana kau hendak pergi?"
Aku balas dengan tergesa-gesa, "Aku harus pergi ke tandas."
Namun, rakan-rakan sekelasku mula mencurigai tindakanku.
Aku mencari Justin di kelas 2A, namun dia tidak ada di situ. Kemudian, aku memutuskan untuk mencari Natsumi di bilik kimia. Sebelum membuka pintu, aku terdengar perbualan antara Justin dan Natsumi yang sedang berbincang dengan serius.
"Nampaknya ada pemerhati di sekolah ini," kata Justin dengan nada serius.
Balas Natsumi, "Kalau mereka berjaya mendapat sampel DNA, mereka tidak lagi memerlukan Beg itu, tetapi untuk membuatkannya sempurna, mereka memerlukan alatan dan maklumat yang terkandung di dalam Beg tersebut."
Justin bertanya lagi, "Adakah engkau tahu siapa pemerhati itu?"
"Tidak, yang aku tahu setakat ini, mereka sedang memburu pelajar yang terselamat dari ujian DNA," jawab Natsumi.
Justin berfikir sejenak, lalu memberi kenyataan, "Orang terselamat itu ialah Anis."
Tanpa memberi peluang untuk berfikir lebih lanjut, Justin dan Natsumi membuka pintu dan berlari keluar. Mereka seolah-olah sudah menyedari kehadiranku dan memberi isyarat untuk aku mengikuti mereka.
“Hazrul ikut kami!”
Di sepanjang perjalanan, aku bertanya dengan penuh tanda tanya, "Kenapa? Kenapa kita perlu pergi?"
Justin menjawab dengan cepat, "Kita tidak ada masa. Anis dalam bahaya."
Aku terkejut dengan jawapannya dan berhenti sebentar, namun aku segera menyedari bahawa tiada masa untuk bertanya lagi. Tanpa berkata apa-apa lagi, aku hanya mengikuti mereka.
Setibanya di suatu tempat, Justin memberi arahan lagi. "Kau perlu pergi mencari ubat penawar secepat mungkin dan bertemu kami di taman."
Dengan arahan yang jelas, aku bergegas untuk melaksanakan tugas yang diberikan.
Setelah itu, aku bergegas menuju ke kantin untuk mencari Dayana, tetapi dia tiada di sana. Tiba-tiba, Kai dan Haikal menegurku.
"Kenapa yang melarikan diri tadi?" tanya mereka dengan nada curiga.
Aku tahu aku perlu cepat untuk menemui Dayana, jadi aku tidak menjawab pertanyaan mereka. Namun, mereka terus mengejar.
"Woi, tentu kau ada sesuatu yang kau sorokkan dari kami berdua," ujar Kai, disertai dengan tawa sinis dari Haikal.
Aku berhenti sejenak, terhalang oleh mereka berdua. Tiba-tiba, Amiliya muncul dan menyuruh mereka melepaskan aku dengan alasan itu urusan pengetua.
"Dimana Dayana?" tanya Amiliya, melihat situasi yang agak tegang.
Mereka menjawab, "Dia di bilik kecemasan pelajar."
Tanpa membuang masa, aku terus menuju ke bilik kecemasan. Di sana, akhirnya aku bertemu dengan Dayana. Aku segera meminta ubat penawar yang aku perlukan.
Ensure your favorite authors get the support they deserve. Read this novel on Royal Road.
Namun, Dayana enggan memberikannya. "Aiman lebih memerlukannya," katanya dengan tegas.
Aku menjawab, "Aku memang memerlukan ubat ini."
Aiman yang berada di situ kemudian berkata, "Tak mengapa, kau boleh ambil ubat ini, aku akan tunggu ubat yang lain sampai."
Dayana yang mendengar itu berkata, "Ubat penawar akan tiba sekitar jam 1 tengah hari, kau tidak mampu bertahan sehingga itu."
Aku terkejut mendengar kata-kata Dayana. Tanpa berfikir panjang, aku terus berlari keluar dari bilik kecemasan tanpa mengambil ubat tersebut dan menuju ke taman.
Kawasan taman begitu sunyi, dikelilingi kabus tebal yang menyelubungi setiap sudut. Aku berjalan perlahan, cuba mencari tanda-tanda apa yang terjadi. Tiba-tiba, aku melihat Anis. Dia kelihatan berbeza, matanya bersinar dengan cara yang aneh, dan dia sedang bertarung dengan seseorang yang mengenakan jubah hitam.
Si penjubah itu, dengan kelincahan yang mengagumkan, menggunakan pedang untuk melukai tangan Anis. Aku menyaksikan dengan ngeri bagaimana dia meracuni Anis dengan sejenis racun yang nampaknya mengalir ke dalam tubuhnya. Aku berdiri terpegun, tidak mampu bergerak kerana ketakutan.
Tiba-tiba, lelaki itu cuba mengangkat Anis. Namun, sebelum dia sempat berbuat demikian, Justin dan seorang lagi rakan mereka muncul untuk menghalang. Justin segera memegang Anis, melindunginya, sementara rakannya mengeluarkan pedang dan bertempur dengan si penjubah.
Perlawanan itu sangat sengit, begitu cepat dan ganas sehingga aku hampir tidak dapat melihat pergerakan pedang mereka. Kabus semakin pekat, menambah kekeliruan. Aku hanya dapat mendengar suara geseran pedang dan pertempuran yang berterusan.
Akhirnya, dalam kabus yang semakin tebal, aku melihat si penjubah itu melarikan diri ke dalam hutan. Rakannya Justin cuba mengejarnya, tetapi dia kelihatan terhalang. "Mataku!" jerit rakannya, kesakitan setelah disembur dengan gas pemedih mata.
Aku tidak menunggu lagi dan segera berlari ke arah hutan. Di tengah hutan yang gelap dan penuh kabus, aku terlihat seorang lelaki bertopeng berdiri di kejauhan. Tiba-tiba, Justin dan rakannya muncul dan menghampiri lelaki bertopeng itu.
"Kau lah yang memerhatikan kami, kan?" tanya Justin dengan suara tegas.
Lelaki bertopeng itu memandang mereka sebelum menjawab dengan tenang, "Memang kamu semua diperhatikan, tapi bukan oleh aku."
Sambil menyimpan pedangnya, lelaki itu kemudian membaling bom asap ke arah mereka. Kabus tebal tiba-tiba memenuhi udara. "Berhati-hatilah bila kamu bertemu dengannya lagi," katanya sebelum menghilang dalam keheningan hutan.
Aku terdiam, bingung dan takut dengan ancaman yang baru saja disampaikan.
Selepas kejadian di hutan, Justin menanyakan tentang penawar yang aku minta tadi. Aku menghela nafas panjang dan menjawab, "Penawar itu telah habis digunakan."
Rakan Justin yang setia berdiri di sisi kemudian menyimpan pedangnya dengan tenang sebelum berkata padaku, "Kau ni memang hebat dalam menyelesaikan misteri, tapi kami selangkah di depan kau."
Justin yang mendengar itu menambah, "Nampaknya si penjubah tadi masih lagi mencari petunjuk yang ada."
Aku terdiam, terkejut. Selama ini aku fikir hanya kami yang mencari rahsia di sebalik sekolah ini, tapi rupanya ada orang lain yang turut mencari.
Kemudian, Justin memperkenalkan rakannya yang baru saja muncul itu. Namanya Max, seorang pemain pedang yang terhebat yang pernah aku temui. Max memberi senyuman dan mengangguk sebagai tanda perkenalan. Kami bertiga, bersama-sama, pergi melihat Anis di tempat dia dirawat.
Setibanya di sana, aku melihat tangan Anis yang terluka akibat bilahan pedang si penjubah telah sembuh dalam sekelip mata. Aku terkejut melihat kesembuhannya yang luar biasa. Natsumi yang sedang menjaga Anis berkata, "Nampaknya dia tidak memerlukan penawar lagi kerana racun dalam tubuhnya telah dikeluarkan sepenuhnya."
Natsumi kemudiannya bertanya padaku dengan nada serius, "Kenapa kau bersungguh-sungguh untuk mendapatkan penawar tadi?"
Aku memandang Natsumi dan menjawab, "Rakan sekelas aku, Aiman, sakit semasa berada di kantin, jadi aku berlari untuk mendapatkan ubat."
Natsumi mengangguk sedikit, lalu berdiri. "Ubat itu cukup kuat sehinggakan mampu mengeluarkan bisa ular dari badan. Apa yang menyebabkan kawan kamu sakit?"
Aku berfikir sejenak, bingung dengan pertanyaan itu. "Aku tidak tahu apa puncanya," jawabku akhirnya.
Aku cuba mengubah topik dan bertanya kepada Justin, "Kenapa kau tiba-tiba berlari keluar tadi?"
Justin memandang aku dengan wajah serius. "Semasa aku berbual dengan Natsumi, aku ternampak Anis berjalan menuju ke hutan. Kemudian, seseorang mengekori dia."
Aku terdiam, memikirkan kata-kata Justin. Jadi, ada sesuatu yang tidak kena dengan tindakan Anis. Kenapa dia berjalan seorang diri ke dalam hutan? Apa yang mendorongnya untuk melakukannya? Aku bertekad untuk mencari jawapannya.
Kami membawa Anis ke bilik rawatan, dan aku dapat melihat dia pengsan tidak sedarkan diri. Keadaannya agak membimbangkan, tetapi aku tahu dia kuat dan pasti akan bangun. Sementara itu, aku pergi melawat Aiman yang masih terlantar di tempat tidurnya.
Aku duduk di tepi katilnya dan bertanya, "Kenapa kau tiba-tiba boleh jatuh sakit?"
Aiman yang kelihatan lemah cuba untuk bercakap, "Seseorang... seseorang memberikan minuman kepadaku... kemudian badanku mula berasa sakit... tapi aku tak ingat dengan jelas apa yang berlaku."
Aku mengangguk, sedikit bingung dengan kata-katanya, tetapi sebelum aku dapat bertanya lagi, Dayana masuk dan memberitahu, "Aiman akan sembuh dalam beberapa hari lagi. Jangan risau."
Dia kemudian melirik ke arah Anis yang masih tidak sedarkan diri, dengan wajah yang penuh kerisauan. "Aku tak tahu berapa lama Anis akan sedarkan diri," tambah Dayana.
Aku hanya mengangguk dan meninggalkan mereka berdua, kerana aku tahu Alia juga menemani Aiman, kelihatan risau akan keadaannya. Aku memutuskan untuk memberi mereka ruang.
Setelah itu, aku bertemu dengan Justin di luar bilik rawatan. "Apa yang perlu kita lakukan sekarang ni?" tanyaku.
Justin menjawab dengan tegas, "Kita akan cari siapa yang memerhatikan kita selama ini dan apa tujuannya."
Sebelum aku sempat menjawab, Shafikah muncul di depan bilik rawatan dan melangkah masuk untuk melawat Anis. Dia berdiri di tepi katil Anis, kelihatan cemas. Aku menegurnya dengan nada hati-hati, "Shafikah, apa sebenarnya yang menyebabkan Anis pergi ke hutan?"
Shafikah memandang aku, dan dengan suara yang perlahan, dia menjawab, "Semalam ada seseorang memberikan surat kepadanya... dan pada pagi itu, dia mula pergi ke hutan."
Aku terkejut mendengar jawapannya. Surat? Itu pastinya ada kaitan dengan surat yang diterima oleh Amiliya sebelumnya. Jika begitu, ada sesuatu yang lebih besar sedang berlaku di luar pengetahuan kami. Rasanya, ini adalah petunjuk yang sangat penting untuk kami temui siapa yang benar-benar menggerakkan semua peristiwa aneh ini.
Malam itu, aku berjalan meronda di kawasan sekolah dengan hati yang penuh rasa curiga. Aku bertekad untuk mencari siapa yang sebenarnya memerhatikan kami, memantau setiap gerak-geri kami. Dalam perjalanan, aku sempat singgah sebentar di bilik rawatan untuk melihat keadaan Anis. Ketika aku berdiri di luar bilik, aku merasa seperti ada seseorang yang memerhatikannya melalui tingkap. Aku cepat-cepat menyembunyikan diri, dan akhirnya aku dapat melihat bayangan seseorang bergerak di sekitar sana.
Tanpa berfikir panjang, aku segera mengejarnya. Orang itu berlari dengan pantas, melintasi atap dan bumbung sekolah. Aku tidak berani berhenti dan terus mengekorinya, berlari sepanjang koridor yang gelap dan sunyi, berlari menelusuri lorong-lorong yang telah lama aku kenal. Kami sampai ke kawasan pembinaan yang terletak di hujung sekolah.
Di sana, aku berhenti sejenak, berhati-hati mencari bayangan orang itu. Tiba-tiba, dia muncul di belakangku, seperti hantu yang tak terlihat namun sangat nyata. Aku terkejut, tetapi tidak menyerah. Lelaki bertopeng itu melihat aku dengan pandangan tajam, dan kemudian dia bertanya, "Apa yang terjadi kepada Anis?"
Aku menelan air liur, tidak dapat menyembunyikan rasa bingung dan sedikit takut. "Siapa kau?" aku bertanya. "Apa hubungan kau dengan Anis?"
Lelaki itu mendekat, langkahnya tenang dan tegas. "Aku hanya memberitahumu, jangan dekati Anis lagi. Jika tidak, kau akan menerima padahnya," katanya dengan suara yang rendah dan serius.
Tanpa memberi aku peluang untuk bertanya lebih lanjut, lelaki itu menghilangkan diri begitu sahaja. Seperti angin yang menyapu tempat itu, meninggalkan hanya kekosongan dan rasa aneh yang sukar untuk digambarkan.
Aku berdiri di tempat itu, tercengang. Apa yang sebenarnya sedang berlaku? Apa yang menyebabkan Anis menjadi sasaran dan siapa lelaki bertopeng itu? Banyak persoalan tanpa jawapan yang semakin berlegar dalam fikiranku.
Catatan
-Siapa si bertopeng
-Apa yang menyebarkan Aiman Terkena Racun
-Tujuan Anis pergi ke hutan.