Pada malam itu, aku menerima panggilan dari ibu bapaku. Selepas berbual sebentar, aku terdengar tiga das tembakan yang datang dari arah tingkap atas. Tembakan terakhir itu jelas, seolah-olah datang dari sebuah pistol yang sebenar, dan seseorang terjatuh dari tingkap itu. Sambil diterangi oleh cahaya bunga api yang menyinari langit, aku berkata dalam hati, Alangkah malangnya nasib diriku. Orang yang jatuh itu kelihatan seperti Justin. Jika itu memang Justin, apa yang harus aku lakukan? Aku memang, cuai.
Aku memandang keluar tingkap untuk memastikan siapa yang terjatuh tadi. Pakaiannya begitu mirip dengan Justin, dan lagi, orang itu memakai topeng. Aku menuruni tangga dengan langkah tergesa-gesa, ingin mengetahui apa yang sebenarnya berlaku. Keadaan sekeliling agak sunyi kerana kebanyakan orang sedang berkumpul di padang untuk menyaksikan pertunjukan bunga api. Bunyi dentuman bunga api itu juga menghalang mereka dari mendengar tembakan yang tadi.
Setibanya aku di lokasi kejadian, mayat yang terbaring di situ kelihatan dengan posisi yang sangat aneh. Jantungku berdegup kencang, berdebar-debar dengan perasaan takut. Patutkah aku memberitahu sesiapa? Apa yang patut aku katakan kepada Pengetua nanti? Hati aku berbelah bahagi. Tak lama selepas itu, mayat itu tiba-tiba terbakar dan meletup. Aku terkedu, mata aku mula dipenuhi air mata.
"Nasib baik yang mati tadi bukan aku, kan?" Suara itu datang dari belakangku. Aku terkejut dan cepat-cepat menoleh.
"Hi, kita bertemu lagi, kan?" Suara itu dikenali, dan aku tahu siapa yang berkata.
"Justin..." aku berbisik, tidak percaya.
"Justin!" balasku, sedikit terkejut melihatnya berdiri di sana, seolah-olah tiada apa yang berlaku.
"Apa yang terjadi sebenarnya?" tanyaku, dengan suara yang sedikit gemetar. Dia berjalan mendekatiku, wajahnya serius.
"Tadi aku terdengar seseorang cuba memecah masuk ke dalam bilikku. Jadi aku tanggalkan jaketku dan meletakkannya pada sebuah patung. Kemudian aku hadapkan patung itu ke arah tingkap supaya kelihatan seperti aku sedang melihat bunga api. Tiba-tiba, aku dengar tembakan, dan bunyi tembakan terakhir itu datang dari sebuah pistol yang sebenar. Aku intai dari bilik air. Rupa-rupanya, orang itu ialah penjubah hitam. Setelah selesai melakukan kerjanya, dia terus meninggalkan bilikku tanpa rasa ragu," jelas Justin, suaranya tenang tapi penuh makna.
Dia berhenti sejenak dan menatapku dengan mata yang tajam. "Aku tak tahu apa yang dia inginkan, tapi satu hal yang pasti... dia sanggup membunuh sesiapa sahaja untuk memastikan identitinya tetap tersembunyi."
Aku terdiam, memproses apa yang baru saja dia katakan. Kemudian aku bertanya, "Ya, aku fikir kau sudah mati. Apa yang patut aku buat sekiranya kau sudah tiada?"
Justin mengangkat bahunya, sedikit tersenyum. "Kau tak perlu risau tentang itu. Aku masih di sini, kan?"
Kemudian, Justin membalas dengan pandangan tajam, matanya penuh tekad. "Bangun dan terus bangkit. Kau telah berjaya memecahkan misteri tentang Anis. Sekarang, teruskanlah. Selesaikanlah misteri yang masih ada dan lindungi sekolah ini."
Aku hanya mengangguk perlahan, terasa beban tanggungjawab semakin berat di bahu. Justin kemudian memberi arahan, "Buang patung itu ke dalam pembakar. Kita tak boleh biarkan ia terus ada di sini."
Kami berdua menuju ke tempat pembakar dan dengan hati-hati mencampakkan patung itu ke dalam ruang pembakar. Mesin itu kemudian dihidupkan, dan kami berdua berdiri sejenak, memerhatikan patung yang mulai terbakar, berfikir tentang maksud sebenarnya di sebalik kejadian ini. Apa yang si penjubah inginkan sebenarnya?
Tiba-tiba, suara yang keras dan misteri menyapaku. "Bukan ke kau sudah tahu, lembat?" Kami berdua tersentak dan melihat ke atas. Seorang lelaki bertopeng berdiri di atas pokok, memerhatikan kami dengan pandangan tajam.
"Jika Anis diculik oleh mereka, aku takkan maafkan kamu berdua. Dan lagi satu, bukan ke mereka sedang mencari Beg NPV?" katanya dengan nada mengancam.
Aku menahan marah dan membalas dengan tegas, "Jahanam kau! Jika kau menghalang kami untuk mendekati Anis, kenapa tidak kau bertemu dengannya dan jaganya sendiri?"
Lelaki bertopeng itu mengangkat tangannya, seolah-olah ingin menjelaskan sesuatu. "Aku dah buat sekali," jawabnya dengan suara yang perlahan.
"Apa?" tanyaku, tercengang.
Dia menundukkan wajahnya, menjawab dengan suara yang berat, "Nampaknya Anis sudah menyukai salah seorang dari kalangan kamu semua. Aku tak mahu melihatnya disakiti lagi, jadi aku biarkan dia berada dengan kamu."
Sebelum lelaki bertopeng itu menghilang, dia sempat memberi amaran terakhir. "Jaga lah dia dengan sepenuh tenaga kamu."
Ketika dia hilang dari pandangan, aku dan Justin saling bertukar pandang, masih tercengang dengan apa yang baru saja berlaku. Kami masih tertanya-tanya, Apa sebenarnya tujuan lelaki bertopeng itu berjumpa kami? Apa kaitannya dia dengan Anis? Kami tahu bahawa misteri ini semakin dalam, dan kami perlu segera mencari jawapannya.
Pagi itu, aku termenung memikirkan kejadian semalam. Pikiran aku masih terbelenggu oleh apa yang telah berlaku. Untuk menenangkan diri, aku memutuskan untuk berjalan-jalan di sekitar bangunan asrama dan padang sekolah. Terlihat padang sedang dibersihkan oleh beberapa pelajar, mencipta suasana yang tenang meskipun hatiku masih penuh dengan persoalan.
If you find this story on Amazon, be aware that it has been stolen. Please report the infringement.
Setelah beberapa lama berjalan, aku merasa sedikit penat dan memutuskan untuk singgah ke kantin. Aku membuka pintu kantin dengan perlahan, sambil teringatkan peristiwa pahit di mana Aiman pernah diracuni. Rasa penyesalan muncul dalam hati—kenapa aku harus meninggalkannya begitu saja saat dia sangat memerlukan aku? Fikiranku melayang sebentar, tetapi tak lama selepas itu, aku terasa bahuku ditepuk oleh seseorang. Aku menoleh dan terkejut melihat Aiman berdiri di belakangku.
"Sini pun kau puas aku cari," kata Aiman dengan senyuman lebar di wajahnya.
Aku terkejut dan sedikit bingung. "Kau cari aku ke?" tanyaku, masih teragak-agak.
Aiman mengangguk sambil tersenyum. "Hari ni aku nak tunjukkan sesuatu pada kau."
Dia mengajak aku mengikuti langkahnya, dan tak lama kemudian kami tiba di tempat di mana Alia sedang berdiri. Aku mengerutkan dahi, heran dengan apa yang sedang berlaku. "Ada apa sebenarnya?" tanyaku, kehairanan.
Aiman menjawab dengan serius, "Kami sedang membersihkan padang sekolah. Jadi, kami harap kau dapat menolong kami."
Aku melihat ke arah Alia yang hanya mengangguk sebagai tanda setuju. Walaupun hatiku masih dipenuhi dengan kebingungan dan perasaan yang tak menentu, aku tak mahu menolak bantuan mereka. Mungkin ini cara untuk aku merasa lebih tenang. "Baiklah, aku akan bantu," jawabku, berusaha menyembunyikan perasaan di dalam hati.
Selepas selesai membersihkan padang sekolah bersama Aiman dan Alia, aku kembali ke bilik dan cuba menenangkan diri. Namun, tak lama kemudian, telefonku berbunyi. Aku menjawab panggilan itu, dan suara ibuku kedengaran di hujung talian.
"Hazrul, apa yang berlaku semalam? Kami dengar cerita yang agak mengelirukan. Adakah semuanya baik-baik saja?" tanya ibuku dengan nada cemas.
Aku berusaha untuk menenangkan hati ibu dan menjawab dengan tenang, "Tak, tak ada apa. Semua ok saja, cuma sedikit kecoh. Jangan risau."
Namun, ibuku masih terdengar risau. "Kita tak mahu kau berada dalam bahaya, Hazrul. Memandangkan esok cuti, kami rasa kami perlu melawat kamu."
"Apa?" tanya aku dengan terkejut. Aku cuba untuk menahan kebimbangan yang mula menyelubungi diriku. "Tapi, ibu, tak perlu... semuanya baik-baik saja di sini."
"Iyalah, kami risau kalau terjadi apa-apa pada kamu, Hazrul. Memandangkan esok cuti, kami mahu melawat kamu," balas ibuku dengan suara penuh perhatian.
Aku menghela nafas panjang. Aku cuba membantah, tetapi aku tahu ibu dan ayah memang degil. Mereka tak akan membiarkan perkara ini begitu saja. "Tapi ibu, ada banyak perkara yang perlu aku uruskan di sini. Mungkin... mungkin tidak perlu datang dulu."
Namun, jawabannya tegas dan tak tergoyahkan. "Kami akan datang esok, Hazrul. Kami mahu pastikan kamu selamat."
Aku menggigit bibir, terasa tak banyak yang boleh aku lakukan. Mereka sudah membuat keputusan, dan aku hanya boleh menunggu mereka datang. Rasa cemas mulai menyelubungi perasaanku. Apa yang akan berlaku jika mereka datang? Apakah yang akan aku katakan tentang semua yang telah berlaku?
" Itu ibu bapa kamu ke?" tanya Atirah, memandangku dengan penuh perhatian.
Aku menggelengkan kepala. "Sebenarnya, kemana kau menghilang baru-baru ni?" tanyaku, ingin tahu.
Atirah terdiam seketika sebelum menjawab dengan nada yang agak kecewa, "Aku cuma pergi ke hutan untuk mencari haiwan lain, tapi... tak dapat apa-apa pun." Dia mengeluh, jelas kecewa dengan perjalanannya yang tidak membuahkan hasil.
Aku memandangnya dengan simpati. "Kau tak apa-apa ke? Nampak macam ada sesuatu yang mengganggu."
Dia mengangguk perlahan, wajahnya masih sedikit suram, tetapi kemudian dia tersenyum tipis. "Jangan risau. Aku cuma perlukan sedikit masa untuk diri sendiri."
Tak lama selepas itu, Atirah mengajakku berjalan. "Jom, kita pergi bersiar-siar. Mungkin dengan berjalan-jalan, aku boleh rasa lebih baik."
Aku setuju dan kami pun berjalan bersama, menyusuri jalanan Akademi Putra. Dalam perjalanan itu, aku perasan sesuatu yang menarik perhatian di tepi jalan. Ada papan tanda yang terletak di sebelah jalan bertulis: "Kawasan ini bebas Haiwan."
Aku memandang Atirah dengan sedikit terkejut. "Kawasan ini bebas haiwan? Apa maksudnya?"
Atirah menoleh ke arah papan tanda itu dan mengangkat bahu. "Mungkin tempat ni tak sesuai untuk haiwan. Atau mungkin ada sesuatu yang lebih besar yang kita tak tahu." Dia kelihatan agak serius, tetapi aku dapat rasakan dia cuba mengalihkan perhatian dari topik yang lebih berat.
Kami terus berjalan, tetapi dalam hati aku terfikir, apakah yang sebenarnya tersembunyi di balik kawasan ini dan apakah kaitannya dengan kejadian yang sedang berlaku.
Tak lama kemudian, Anita memanggil Atirah dengan nada yang agak tergesa-gesa. Sepertinya Anita ingin mengajak Atirah pergi ke suatu tempat. Atirah memandangku seketika, memberi isyarat agar aku jangan terlalu risau, lalu mengikuti Anita tanpa banyak berkata-kata. Aku hanya mengangguk perlahan dan meneruskan langkahku sendiri.
Menjelang petang, aku singgah di perpustakaan untuk mencari ketenangan. Aku mengambil beberapa buku dan mula membaca, cuba melupakan sebentar kejadian-kejadian aneh yang berlaku. Perpustakaan itu kosong, hanya aku seorang. Namun, ada sesuatu yang menarik perhatianku. Di sudut bilik, aku perasan ada sesuatu yang tidak biasa pada dindingnya. Dengan hati-hati, aku mendekati dan menyentuh dinding itu. Tiba-tiba aku terkejut apabila terasa ada pintu rahsia tersembunyi di situ.
Aku cuba menekannya sedikit, namun tak dapat membuka pintu tersebut. Hati aku berdebar, fikiranku dipenuhi dengan pelbagai persoalan. Apa yang ada di balik pintu ini? Mengapa tiada siapa yang memberitahu tentang tempat ini? Tetapi aku segera mengalihkan perhatian dan menutup pintu itu kembali, berusaha untuk tidak terlalu memikirkan hal yang pelik ini.
Aku meninggalkan perpustakaan dan menuju ke makmal Komputer, tempat di mana kelab Komputer biasa berkumpul. Apabila aku sampai di sana, aku melihat mereka sedang bergembira, berbual dan tertawa. "Bukan ke kami kata akan bagi pinjam pada hari Ahad ni?" kata salah seorang dari mereka dengan nada riang.
Aku terhenti sebentar dan bertanya, "Apa? Tak, aku cuma mencari kawan aku, si Kai."
Mereka menjawab sambil tersenyum, "Oh, kalau begitu, masa yang diberikan hanya untuk hari ini saja. “Budak tu, dia nampaknya pergi ke suatu tempat. Kami sendiri tak tahu ke mana dia menghilang.”
“Mungkin Kai dah berjumpa dengan mereka semula untuk meneruskan penyiasatannya,” sibut hariku.
Aku mengangguk faham. Mungkin Kai sedang sibuk dengan sesuatu yang lebih penting, dan aku tidak ingin mengganggunya. Aku meminta maaf kepada mereka dan menutup pintu dengan perlahan.
Masa berlalu begitu cepat, dan aku masih rasa bimbang dengan apa yang bakal berlaku keesokan hari. Aku tidak tahu apa yang akan terjadi sekiranya ibu bapaku datang esok. Aku duduk sendirian di atas kerusi di luar bangunan, menatap langit petang yang semakin gelap. "Apa yang harus aku lakukan?" aku bertanya dalam hati, cuba mencari jawapan atas kekeliruan yang melanda diriku.