Seekor burung terbang diiringi dengan pesawat-pesawat perak. Ia terus meluru menerjunkan beberapa letupan, namun apa yang mereka hancurkan?
Aku membuka mata melihat seisi markas kosong tiada apa bahkan komputer Kai juga tertutup rapi. Hanya bunyi kipas yang berputar. Kemungkinan Kai pergi ke wilayah tengah atau wilayah selatan atas urusan penting baginya. Namun aku tidak mahu memikirkan itu dan apa yang terlintas di fikiranku hanyalah jam.
Tangan diangkat melihat waktu sekarang dan ianya masih awal pagi, 6:23 minit pagi. Satu jam awal sebelum sekolah bermula. Tubuh dibangkitkan meninggalkan markas berjalan ke arah rumah. Kawasan rumah lapang dan tenang dengan hembusan angin pagi. Pada sudut bahagian kiri rumah ku terdapat sebuah pohon besar yang mengarah ke arah tingkap bilik. Biasanya aku sering memanjat pohon tersebut untuk masuk ke dalam rumah tanpa menggunakan pintu utama.
Tingkap dibuka dan aku terus terjun mendarat berhampiran meja komputer. Apabila kepala diangkat ke atas, aku mendapati bahawa seisi bilik ini bersih seperti baru sahaja dikemas. Mungkin semua ini kerana kakak. Mungkin dia yang membersihkan bilikku.
Tanpa membuang masa, aku terus menyalin jadual pelajaran dan pakaian sekolah. Beberapa kali juga aku tersedar bahawa topi yang aku bawa kemarin hilang entah kemana. Namun dengan harganya yang rendah aku tidak rasa yang itu patut untuk dihiraukan.
Aku masih ingat tentang ucapanku kepada kakak semalam. Kemungkinan perkataan itu masih berlegar di fikirannya. Perlu ke aku minta maaf?
Ada banyak hal yang menjadi beban bagi hidupku. Namun perkataan-perkataan ku semalam mungkin terlalu melampau buat kakak. Jarak antara rumah dengan sekolah tidaklah terlalu jauh. Hanya berjarak kurang dari 3km. Biasanya aku sering berjalan untuk ke sekolah di awal pagi. Isnin, adalah hari yang paling aku tidak suka dan akan sekolah bila selesa timbul. Dalam masa yang sama, aku masih terfikirkan tentang samseng-samseng semalam dan wang kakak berikan. Darimana dia memperolehinya?
Aku mengangkat beg lalu melemparkannya ke bawah lebih tepatnya ke atas plastik hitam di samping dinding kemudian terjun setelah itu.
Sekolah tempat ku berlajar bukan lah sekolah terpandang seperti di sekolah-sekolah lain. Ianya sekolah umum tempat dimana sesiapa sahaja boleh memasukinya. Kelas ku biasanya berada di tingkat dua berhampiran tanggal untuk ke kantin. Peralatan bilik kelas ku juga tidak lah diperbuat dari plastik seperti kebanyakan sekolah. Kami masih menggunakan kerusi kayu dan kapur untuk menulis di papan hitam.
Dari arah tingkap juga terdapat garisan putih tempat orang berlari yang dapat dilihat dari atas, kawasan yang sering aku perhatikan sewaktu guru mengajar. Aku mengangkat beg ke bahu dan terus menuju ke tempat duduk ku yang berada di barisan kedua akhir pada barisan disamping tingkap kelas.
Aku meletakkan beg ke bawah kerusi dan mengamati larian pelajar lain. Setidaknya sedikit perkara berlegar di fikiran ku. Aku mampu melepasi beberapa orang yang berlari dengan larian pecut ku dan itu akan mengambil masa kurang dari satu minit untuk menangkannya.
Kadang-kadang aku sering mengelamun dan tidak tahu waktu dan detik apa yang berjalan. Hanya angan-angan yang menjadi televisyen buat hiburan ku sewaktu kelas bermula dan tamat. Jam dinding berdetik dan waktu pelajaran bermula. Aku berimajinasi tentang seseorang yang suka makanan manis dan berbaju putih yang sering tersenyum, mengambil tanganku dan mengikutinya, lagi dan lagi ke arah tempat yang membuatnya gembira. Sering juga aku dengar teguran dari arah belakang untuk menoleh namun aku terbawa oleh arus aliran itu.
Sedikit mata diikat dan kabur pandangan menguasi imajinasiku. Dalam meja tersimpan sebuah pen, jadi aku mengambilnya dan meletakkan di atas meja. Satu dua kali aku memusingkan pen tersebut di atas tangan. Ia menari-nari dengan daya pening yang tinggi. Beberapa detik menghentikannya dan teruskan putaran itu sehingga…
Meja tergelincir ke samping kiri secara tiba-tiba. Pen yang berputar sedari tadi terjatuh ke atas meja sebaik sahaja tangan menahan gerakan meja. Setidaknya ia sedikit membuatkan ku sedar dari imajinasi palsu yang dibuat. Apabila meja yang ditahan berhenti mata mula dialihkan ke kanan menyaksikan Siti berada di sampingku. Dia melihat ku seperti seseorang tidak mengetahui panggilan penting. Dengan nada yang halus bersuara…
“Oiii bodoh kau tak ada hobi lain ke?”
“Bodoh kenapa kau tak datang sekolah semalam?”
“Aku ada anxiety jadi aku takut nak pergi sekolah.”
“Anxiety benda?”
“Adalah...” berbisik-bisik.
“Kau tahu kan yang ada guru baru pindah?”
“Ya aku tahu.”
“Jadi kenapa tak datang?”
“Kan dah cakap anxiety.”
“Engkau jangan nak mengarutlah. Kau cuba nak jadi badut ke apa. Kerja sekolah semalam kau dah siap ke belum? Kalau tak cepat siapkan...”
“Apa kau ni ibu beribawa ke... Lagipun aku mana datang sekolah semalam.”
“Huh?? Jadi tu ke alasan kau taknak buat?”
“Ya dan tolong jangan kacau...”
Aku duduk menjatuhkan kepala ke atas meja berharap Siti akan berlalu dan tidak menganggap keberadaanku. Aku dan dia, kami berdua berada dalam kelas yang sama dan setiap kali aku tidak datang ke sekolah, dia akan marah-marah padaku seperti seseorang yang sangat peduli pada teman sekelasnya. Mungkin kerana dia seorang ketua kelas yang dipadang tinggi.
Penampilan Siti hampit mirip seperti Mika yang mengikat rambut ke belakang sehingga terlihat seperti ikatan kuda. Namun bezanya, dia sentiasa mengubah-ubah gaya ikatan rambutnya mengikut keadaan dan kehendak dia. Rambutnya tidak panjang seperti Mika dan tidak pula pendek seperti Area. Boleh dikatakan rambutnya cukup-cukup untuk mengubah posisi seperti diinginkan. Tubuh Siti sedikit langsing seperti perempuan pada umumnya. Namun dengan sikap yang sedikit kasar dan suka marah-marah. Dia seolah-olah singa yang garang dengan tubuh serba lurus.
Apabila selesai berpura-pura mati, aku alihkan pandangan dari permukaan kayu melihat Siti dan mula menanyakan soalan.
“Apa-apa pun garang sangat ke guru pindahan tu?” tanya ku.
Dia berundur mengambil jarak sambil kedua tangan menyilang di atas perut.
“Entah la, tapi tubuh dia nampak kuat. Masa kat perhimpunan tadi dia asik pandang barisan kita je. Kau tak datang kan semalam tentu kau kena berat Adam.”
“Yalah yalah macam lah aku peduli dengan semua tu.”
“Dia mengajar kelas kita mulai sekarang. Adam kau dengar tak. Heeiii...”
Aku kembali pada posisi awal kemudian memasang radio palsu di fikiran dan Siti mula mengimbas diriku lalu menganggap bahawa lambang pemanas kelas sedang berada dihapannya. Dia kemudian menggulungkan buku kecil lalu menghentak kepala ku dengannya.
“Adeh...sakit tahu tak...” Dia membuka gulungan dengan bangga.
“...dengar sini otak Chimpanzee. Kalau kau buat masalah lagi macam hari-hari yang lepas kau akan dibuang sekolah nanti. Dahlah kau asik ponteng aja lepastu... heiii dengar tak?”
“Maaflah saya tak dengar sangat sebab saya ada dalam zoo sekarang.” Beberapa rakan sekelas ku dibuat tersentak. Kelas yang bising sedikit tenang lalu kembali ke alam asalnya.
“Haiss tak guna betullah aku layan kau ni... Tak faham aku.”
Siti berlalu pergi ke belakang kelas, ke arah tempat duduknya. Menantikan kelas akan bermula dalam beberapa minit lagi. Aku angkat sedikit kepala diantara tangan dan meja, memikirkan beberapa perkara dengan jarak pandang melihat jam hadapan kelas. Detik dan detik terus bergerak lalu loceng pun berbunyi.
Aku duduk sambil bersandar di kerusi, memerhatikan guru pindahan itu dengan separuh minat. Dari raut wajahnya, dia kelihatan seorang yang berdisiplin, tapi aku tahu lebih baik daripada percaya pada penampilan pertama. Hampir setiap guru pindahan yang masuk ke kelas kami pasti menyerah kalah. Kelas kami bukan sembarangan – kami tahu semua trik untuk buat guru-guru ini mengaku kalah.
Guru pindahan itu memulakan kelas dengan penuh semangat, tapi bagi kami, ia hanya permulaan kepada "ujian ketahanan" yang akan dia hadapi. “Selamat pagi semua dan sila duduk ke tempat masing-masing.” Dia meletakan buku diatas meja.
“Nama saya Azman, Cikgu Azman. Saya adalah guru pindahan sementara kamu yang ditugaskan untuk mengajar kelas ini.”
“Alaaa leceh laaa…” ucap seisi kelas.
“Buat penat aja gumpalkan kertas.”
This story is posted elsewhere by the author. Help them out by reading the authentic version.
“Ingatkan dapat main tadi.”
“Tahu, buat penat aja.”
Guru itu mula mengeluarkan suara tegas, “Baiklah tolong diam…” mereka segera diam tanpa suara membiarkan guru tersebut meneruskan kata-katanya, “…Saya dengar ada khabar angin yang menyatakan kelas kamu suka mengenakan guru pindahan yang ditugaskan untuk mengajar kelas ini. Betul ke begitu?”
Ya ia benar ... sudah beberapa kali kelas ini mengenakan guru pindahan yang ditugaskan untuk mengajar kelas kami. Mereka menggunakan pelbagai teknik dan taktik terhadap guru pengajar bertujuan untuk mendapatkan cuti umum kelas. Tak ramai juga yang bertahan lama dengan kerenah kami sehingga sanggup meninggalkan kelas ditengah pembelajaran. Ada sesetengahnya yang pengsan sehingga jatuh koma.
“...kalau kamu semua buat masalah dengan saya, saya akan kenakan denda kepada kamu semua. Mengerti?”
Seluruh kelas senyap, tanpa bunyi. Bagaikan mengikuti kehendak singa yang garang.
“Baiklah, kita boleh mulakan kelas sekarang.” Dia membuka buku kehadiran di atas meja lalu mula mengambil kedatangan dengan memanggil nama setiap orang.
Nama pun dipanggil, dan kami mengangkat tangan tanda kami hadir ke sekolah.
“Ada!”
“Siti?”
“…Sini!” Tangannya dijatuhkan.
“Adam?”
Aku mengangkat tangan tanpa suara memaksakan guru itu untuk melihat sekeliling. Selepas menjatuhkannya, entah mengapa, pandangannya sedikit lama memandangku.
“Baiklah seterusnya…!”
“Anehnya,” bisik hatiku.
Suasana kelas kembali tenang, seperti saat pertama kali aku masuk. Hening, tanpa ada sedikit pun kekecohan. Siti memusingkan pen yang digenggamnya, cuba melakukan trik agar pen itu berputar di antara jarinya. Jika diingat kembali, Mika sebenarnya berada di kelas yang berbeza dengan kami. Kami berada di kelas ketiga dari enam kelas keseluruhan, sementara Mika berada di kelas keempat. Pernah, saat cuti semester berakhir, dia menyatakan hasratnya untuk berpindah dan bergabung dengan kelas kami. Namun dia harus lulus dalam peperiksaan yang mendatang untuk memasuki kelas ini, dia hanya memerlukan 5 kelulusan untuk masuk ke kelas kami.
“Hari ini, kita akan mulakan mata pelajaran kita dengan sejarah. Sila buka muka surat 112 bab lima revolusi teknologi dan perkembangan transportasi. Topik yang kita akan bincangkan adalah bagaimana terciptanya kapal terbang pertama yang membolehkan manusia merentasi antara benua dengan mudah.
Kapal terbang pertama dicipta oleh sepasang adik beradik juga dikenali sebagai Wright Brothers, namun sebelum mereka menciptakan kapal terbang pada tahun 1903, manusia terdahulu telah pun mempelajari tentang satu proses yang dikenali sebagai aerodinamik. Sebuah daya apung yang menentukan corak aliran udara di sekeliling objek. Ia terbahagi kepada…”
Topik hari ini – sejarah kapal terbang. Aku tersandar lebih dalam, hanya separuh mendengar ceramahnya tentang dua adik-beradik yang mencipta kapal terbang. “Kapal terbang” yang pertama? Apa kena mengena semua ni dengan hidup kami?
Aku mula memandang ke luar tingkap, menyusuri awan-awan di langit, otak berputar entah ke mana. Di tengah ceramahnya, timbul satu idea nakal di benak aku. Apa kata aku cuba ganggu sedikit?
“Cikgu, saya ada satu soalan!! Cikgu tahu tak apa maksud ‘Punderel’?” Aku angkat tangan, muka pura-pura penuh minat.
Cikgu Azman tercengang seketika, matanya berkerut. “Punderel?”
Aku tahan senyum, lalu melanjutkan, “Apalah, punderel pun tak tahu… cikgu apa macam ni? Sepatutnya seorang guru akan tahu maksud Punderel dengan sesungguhnya.” Aku angkat tangan tinggi, sengaja memberi drama pagi. Seisi kelas mula tergelak perlahan, suasana mula beransur jadi riuh.
Beberapa rakan sekelas mula menunjukkan ke arah meja cikgu, “Cikgu, cuba cari makna dia dalam kamus bawah meja tu!”
Cikgu Azman kelihatan sedikit ragu tapi akhirnya melangkah ke arah meja, menarik laci perlahan-lahan. Tiba-tiba, POOF! Asap kabur keluar, menutupi wajahnya dengan serbuk putih. Seluruh kelas meledak dengan sorakan dan ketawa.
Aku tahan ketawa, siku kanan jatuh di atas meja sambil memandang ke luar tingkap untuk sembunyikan senyum. Dalam pantulan kaca, aku ternampak Siti merenung aku dari belakang, wajahnya seakan berkata, “Ini mesti kerja kau, kan?” Memang betul aku telah beberapa kali mengerjakan guru yang ditugaskan untuk mengajar kami. Namun untuk guraun kali ini, ianya bukan aku.
Seseorang di belakang berseru, “Tengok muka cikgu, macam hantu bedak!”
Seisi kelas terus bergelak. “Yalah, sama betul…”
Cikgu Azman cuba menenangkan dirinya, mengeluarkan tuala kecil dari poket untuk mengelap wajahnya. Dia kelihatan agak kecewa, mungkin marah juga, tapi dia cuba tenang. Satu lapisan tepung jatuh perlahan dari atas, membasahkan baju dan bahunya lagi. Kami semua tergelak kuat kali ini – seakan serangan tepung bertubi-tubi menjadi “selamat datang” khas untuknya.
Akhirnya, dia menatap kami dengan pandangan pasrah dan berkata, “Baiklah, kamu semua menang untuk sekarang.”
Kami bersorak gembira melihat dia beredar dari kelas, meninggalkan buku-bukunya. Suasana kelas berubah, macam pesta. Semua mula bermain dan berseronok, ketawa tak berhenti-henti.
Dalam hati, aku tersenyum sinis. Kemenangan sementara, ya, Cikgu Azman?
Aku menjejakkan kaki ke kebun bunga, cuba mengesan Siti yang menghilang dari tadi. Langkahku terhenti apabila aku terlihat dia sedang berlutut di tanah, mengumpul daun kering dan sampah yang berselerakan di sekitar bunga-bunga.
“Sini pun kau Siti, penat aku cari. Kau buat apa?” tanyaku sambil mendekatinya dari belakang.
Siti terkejut seketika, namun dia segera berpaling ke arah kebun semula, menyambung tugasnya yang terganggu sebentar. “Tengah bersihkan bunga dari sampah dan daun sekitar. Maklum lah, kelab berkebun selalu jaga setiap taman bunga di sekolah ni,” balasnya lembut sambil membersihkan beberapa daun yang tersangkut di kelopak bunga. Dia berdiri dan berpaling kepadaku, matanya tertanya-tanya. “Jadi apa urusan penting sampaikan kau sanggup cari aku?”
Aku mengambil sedikit masa untuk menyusun ayat. “Aku ada beberapa perkara nak tanya kau. Boleh kita bincang benda ni di kantin?”
Siti nampaknya berfikir sejenak sebelum mengangguk. “Rasanya boleh, lagipun aku belum beli apa-apa lagi.”
Kami akhirnya sampai di kantin dan mencari tempat kosong untuk duduk. Topik pertama yang keluar dari mulut Siti ialah pasal kelas kami.
“Teruk betul kelas kenakan guru pindahan tadi,” katanya sambil tersenyum kecil, mengingat kejadian lucu yang baru berlaku.
“Ya, agak teruk juga dia kena. Namun sayang bukan aku yang lakukan jenaka tadi.”
“Sebenarnya kenapa kau tanya guru pindahan soalan tu?”
“Tak ada apa, ia cuma gurauan sekali lalu yang aku fikirkan. Oh ya, Mika pergi mana? Dia taknak melepak sekali?”
Siti menggeleng. “Mika sibuk dengan kelab atlet dia. Dia cakap dia nak masuk kelas kita lepas habis peperiksaan ni. Jadi dia terpaksa berusaha dalam belajar.”
Aku mengangguk, membayangkan seorang atlet berpakain hitam berlari melompati pagar halangan. Kelas Mika memang berada di kelas keempat, berbeza dengan kami di kelas ketiga. Kelas keempat ke bawah biasanya tidak memiliki banyak kerja sekolah dan matapelajaran yang diambil juga sedikit. Namun di kelasku kami jarang membuat kerja sekolah dan hanya bermain-main sewaktu belajar.
“Macam tu ke?” tanyaku lagi. “Kau ada masa untuk petang ni?”
“Petang nanti aku ada kelas tambahan. Mungkin aku tak dapat pergi ke tempat melepak kita. Kenapa?” Siti nampak agak tertanya-tanya.
Aku garu kepala, merasa serba salah dengan soalan yang ingin aku nyatakan. “Tak ada apa. Aku cuma nak cari duit sikit untuk minggu ni. Kau tahu mana-mana geng yang boleh bantu tak?”
Siti terdiam dan buat muka risau. Dengan suara perlahan, dia mengingatkan aku, “Shstt, kau tahu kan kita tak boleh bincang pasal tu masa sekolah.”
Tersentak, aku cepat-cepat angguk. “Ya, betul jugak. Maaf, aku lupa.”
Siti mengeluh. “Kalau kau perlukan kerja sambilan, rasanya kau patut tanya Area. Dia suka jalan-jalan keluar bandar kan. Tentu dia ada banyak kenalan yang boleh carikan duit lebih untuk kau,” katanya.
Dia berdiri sambil mengangkat beg, memberi isyarat dia perlu beredar. “Untuk sekarang, aku terpaksa pergi ke bilik kelab sebelum ke kelas. Kau boleh pergi dulu. Nanti aku jumpa kau.”
Tanpa menunggu jawapan, Siti berlalu pergi, meninggalkan aku termenung di kantin, tenggelam dalam fikiranku sendiri.
Di sekolah kami, pakaian seragam bukan sekadar warna; ia melambangkan peranan dan tanggungjawab setiap pengawas. Ungu bagi pengawas perpustakaan, kuning untuk pengawas biasa, merah jambu untuk pengawas yang membimbing pelajar, hijau untuk pengawas sukan, dan biru untuk mereka yang memantau disiplin pelajar.
Ketika aku membuka pintu kelas dengan perlahan, satu kejadian tidak dijangka berlaku—baldi berisi air terjatuh tepat ke atas kepalaku. Dalam sekelip mata, aku basah kuyup, dan suara sorakan dari rakan sekelas menggema di dalam kelas.
“Yeaa...” sorak mereka, tetapi tatapan mereka berubah seketika.
“Bukan dia lah,” keluh salah seorang.
Aku tidak dapat menahan kemarahan. “Apa ni semua?” tanyaku, tetapi mereka kelihatan tidak peduli.
“Mereka ingat guru baru nak masuk,” jawab seorang rakan, menceritakan alasan mereka.
“Jadi, kami mahu kenakan dia!” sambung seorang lagi, dengan nada mencabar.
“Yelah tu!” tengkingku, marah.
Dalam usaha untuk mengeringkan pakaian, aku berdiri dan cuba menggunakan tisu. Beberapa pelajar wanita memandangku dengan penuh rasa ingin tahu, dan aku merasa janggal. “Apa?” tanyaku kepada salah seorang dari mereka.
Dia hanya tersenyum dan berkata, “Bebal,” sebelum pergi.
Rasa janggal itu berterusan. “Hari apa ni? Pakaian aku habis basah, dan aku hanya ada satu baju sekolah,” aku merungut dalam hati sambil melihat mereka memasang perangkap baru dengan baldi berisi air kapur di atas pintu.
“Baiklah! Aku harap ini akan menjadi lebih baik,” kata salah seorang dari mereka, sambil meletakkan baldi di atas pintu.
Aku hanya ingin menyaksikan kejadian itu tanpa terlibat. Selepas itu, aku kembali ke tempat duduk. Tak lama selepas itu, Siti muncul, terkejut melihat aku basah kuyup. Dia terus mengeluarkan tuala dari poketnya dan menghulurkannya, sambil bergurau, “Alahai, aku tinggalkan kau sekejap je, dah jadi macam ni.”
“Diorang yang main-main,” aku mengomel.
“Nah...” Siti menghulurkan tualanya.
Aku mengucapkan terima kasih sambil mengelap muka dan pakaian. Setelah itu, Siti kembali ke tempat duduknya.
Siti, dengan keperibadiannya yang ceria dan humoris, sering mempermainkan aku dalam cara yang seakan-akan sebuah komedi romantis. Senyumannya dan cara dia memandangku mengingatkan aku pada watak-watak dalam animasi klasik yang penuh dengan situasi jenaka. 'jahanam' dia pandang sini. Siti tersenyum...
"Semua cikgu garang tu dah datang."
"Baiklah korang cepat menyorot sambil pegang kabur dengan kertas."
Pintu dibuka mengeluarkan geseran. Baldi diatas pintu mula hilang keseimbangan dan jatuh menumpahkan sejumlah air. Rakan sekelas ku berfikir bahawa mereka telah berjaya mengenakan cikgu kami buat kali kedua.
Namun...
Tumpahan air itu hanya menyentuh permukaan biru tanpa mengenai baju sama sekali. Seisi kelas dibuat diam melihat pintu hadapan kelas.
Cikgu Azman bersuara dengan tenang, "Kita kenalah sediakan payung sebelum hujan betul kan." Gurauannya membuatkan seisi kelas tidak bergerak malah ada diantara mereka menurunkan tangan. Payung digerakkan sebelum menutupinya. Berjalan dari pintu menuju ruang meja guru.
Guru itu mula menaruh payungnya ditepi meja sebelum menyambung tuturnya dengan tenang, "Saya faham kenapa kamu seperti ini. Kamu semua tidak suka kalau diajar dengan cara yang kasar betul kan? Sebab kamu anggap sekolah hanya tempat bermain."
Dia memarahi kami seperti kami ini kanak-kanak tadika. Bukannya kami tidak mahu melawan tapi, siapa saja yang berani selepas melihat parut pisau di pergelangan tangan kiri. Ia kelihatan dalam dan menyakitkan seperti berkelahi dengan orang yang bahaya.
"Baiklah, saya akan mengajar kamu dengan cara yang baik dan kamu semua perlulah berikan kerja sama. Saya akan ambil kelas ini sehingga hujung bulan Mac. Saya juga ditugaskan untuk menjaga kamu semua sehingga lulus peperiksaan yang mendatang. Kamu tak perlulah membazir masa untuk kenakan saya dan lagi satu..."
Dia menjerik, "Punderel tak ada maksud pun..."