Isnin, 9 Februari. Sekarang jarum jam yang berada di sebelah katil bilik ku menunjuk pukul 9:28 minit pagi. Ia terus bergerak ke atas menunjukkan yang diriku hanya menghabiskan masa di bilik ini. Suasana hening dan dingin, cukup nyaman untuk ku tidur dengan bantal di atas kepala ku. Kipas yang terpasang juga turut berputar mengikut kelajuan yang telah ditetapkan. Haba dihari ini cukup panas maka aku membiarkan ia tetap bernyala.
Di dalam bilik ini segalanya berantakan dengan baju yang tidak dibasuh. Meja yang dipenuhi barang lama dari gaset music terpakai serta skrin monitor yang berada di samping kiriku. Belum juga aku bersihkan. Tetap berada disana berdekatan jendela. Selain almari pakaian, rak buku, gambar dan postal di dinding, terdapat sebuah piala dari sekolah rendah yang aku simpan diatas almari rak buku, bertuliskan ‘Aktor terbaik bagi pelajar sekolah rendah ialah—’ terpapar sebuah nama pada hujungnya.
Segalanya aman tiada bunyi atau apapun itu. Namun, sedetik kemudian. Panggilan dari seseorang mula berdering melalui telefon rumah yang aku taruh di atas meja sudut kanan ku. Aku menggerakkan posisi tubuh menghadapnya lalu menekan tombol jawab.
“Weh! Adam! Kenapa kau tak datang sekolah hari ni? Weh! Jawablah!”
Aku mengecam dengan jelas suara perempuan yang bertutur sebegitu, dia ialah Siti. Rakan sekelas ku. Bicaranya cukup kasar dihari pembukaan sekolah setelah dua hari cuti. Kemungkinan besar dia mempunyai sesuatu yang penting untuk disampai kepada ku. Namun, aku tidak mahu terjebak dengan apa-apa masalah untuk hari ini. Cukup sekadar ponteng dan rehat di rumah.
Aku menutup kepala ku dengan tangan dan berharap agar bunyi itu hilang dengan sendirinya.
“Weh! Kalau kau terus tak datang sekolah kau akan dibuang nanti! Weh! Weh! Kau dengar tak?! Hello! Adam!”
Sememangnya aku tidak peduli…
“Baiklah, dungu! Aku cuma bagi amaran. Kalau kau tak datang sekolah esok kau akan kena masalah besar nanti. Itu ja aku nak bagitau.”
Segera dia menamatkan panggilan membiarkan bunyi yang sama muncul buat kali kedua. Aku mengangkat tangan lalu mengalihkan anak mata ke arah jarum jam. Sekarang ia bergerak dan jarum panjangnya hampir menyentuh angka tujuh menunjukkan sekarang pukul 9:34 pagi. Detik dan masa yang aku luangkan hanyalah di dalam bilik ini. Dan hari ini juga sekolah aku mengadakan majlis rasmi. Itu sangat membosankan.
Mata mula terlelap membuatkan diriku tidur seketika. Apabila mata dibuka kembali. Waktu telah pun bergerak dan sekarang ia menunjukkan pukul 12:35 tengah hari.
Separuh tubuh dibangkitkan, tangan kanan diangkat menyentuh rambut lalu digosok beberapa kali. Seluruh tubuh mula bergerak menyentuh lantai sebaik sahaja tangan dijatuhkan. Aku merasa seperti tidur di dalam longgokan sampah dengan cuaca dan suhu hari ini yang begitu tinggi. Kedua kaki menekan lantai dan langsung ku menuju ke bilik air.
Derupan air yang mengalir menyentuh diriku terasa dingin. Cukup untuk menyegarkan diri dari panas sebentar tadi. Usai membersihkan diri, aku mula mengambil pakaian t-shirt hitam dengan seluar Jean serta topi bersudut hadapan.
Hari ini ada promosi permainan video di kedai gim berdekatan pusat bandar. Aku tidak mahu melepaskan peluang dan akan kesana untuk membeli permainan video yang baru keluar semalam. Aku harus segera ke sana sebelum 2 petang dan jadi orang pertama yang membelinya.
Namun kedainya agak jauh dan ia berada tepat di pusat bandar ketimbang dengan tempat tinggal ku yang berada di perumahan. Jauh dari mana-mana bangunan.
Tombol pintu dipulas dan kunci diselitkan ke dalam poket seluar. Matahari cuba menyinari anak mata ku tetapi terhadang oleh topi hitam. Kedua kaki mula berjalan melangkah keluar menyentuh jalanan dihadapan rumah.
Negeri tempat ku tinggal mempunyai dua bandar pusat. Satu berada di wilayah persisir dan satu lagi berada di wilayah pulau. Jarak diantara daratan dan pulau hanya sekitar 27km. Terdapat dua jambatan yang menghubungkan wilayah persisir dan wilayah pulau. Selain itu, terdapat juga landasan kereta api bawah tanah yang menghubungan stesen ini dengan stesen di sana. Kapal atau fari juga sering digunakan untuk berpindah antara kedua tempat tersebut. Dikatakan, pulau disana cukup bahaya ketimbang daratan, tempat ku berada.
Terdapat banyak aktiviti rompakan dan penyamuan yang berlaku. Walaupun dikhabarkan begitu. Aku belum melihatnya dengan mata kepalaku sendiri. Di negeri yang aku tinggali ini mempunyai status ideks jenayah yang tinggi namun disorakan dari masyarakat umum. Ada puak jenayah yang sering berkeliaran di sekitar kota. Mereka juga amat sukar untuk dijejak kerana sifat mereka seakan-akan serupa dengan orang awam. Bahkan penguat kuasa juga sukar untuk melakukan apa-apa tindakan.
Bangunan di sini amat padat malah ia lebih padat apabila berada di pusat kota. Dentuman musik pop yang didendangkan melalui speaker besar sudah sering menjadi kebiasaan penduduk sekitar kota. Laluan di pejalan kaki juga cukup sibuk dengan orang yang sering lalu lalang. Mirip bandar-bandar besar yang ada di dunia ini. Disini juga terdapat lantasan kereta api yang beroperasi mengikut jadualnya. Tak jauh dari kota, terdapat perumahan yang diatur keluasan mengikut pagar. Tempat dimana ku tinggal.
Cuaca hari ini panas menyilaukan gambaran fatamorgana di hujung jarak mata. Menguap-nguap ia layaknya sebuah gelombang bunyi. Lagu pop semakin memenuhi ruang pendengaran ku. Tepatnya berada di samping kiri pejalan kaki dan ia menghilang sebaik sahaja langkah ku dipecut laju. Tidak ingin mendengar lebih lanjut.
Setiap dari bangunan yang berada di samping ku mempunyai postar di cermin tingkapnya. Mencari ruang kerja ataupun menjual barangan diskaun. Semua dari itu aku tidak endahkan. Kereta yang lalu juga turut membunyikan kelosong, mengganggu setidaknya sedikit fikiran ku.
Gim bergenre perang baru sahaja rilis dan aku mencarinya.
Pintu automatik terbuka diringi dengan bunyi berdering. Haba secara tiba menghilang diganti dengan hawa sejuk. Bunyi kuat juga turut menurun sebaik sahaja pintu ditutup.
Raknya tersusun rapi diisi pula dengan pelbagai gim yang baru keluar. Aku sangkakan yang orang ramai akan memenuhi kedai ini kerana promosi ternyata silap sama sekali. Hanya terdapat beberapa orang sahaja di dalam kedai ini. Dan itu pula hanyalah beberapa orang dewasa dan kanak-kanak. Mungkin pelajar sekolah tidak datang kerana waktu sekolah belum tamat sepenuhnya.
Aku bergerak dari pintu menuju ke kanan, hujung dinding rak. Gim yang aku cari merupakan siri ketiga dari dua seri sebelumnya. Pada babak siri pertama cerita dimulakan dengan perang tanda sebab yang jelas dan waktu utamanya masih belum menonjol sepenuhnya. Namun pada seri kedua watak utama mula bertekat untuk mencari cara agar perang segera berakhir dan penamat tergantung dengan kematian si raja kerajaan.
Untuk seri ketiga aku berharap ceritanya bersambung dan masih masuk ke jalur utama tanpa mengubah apa-apa latar tempat atau masa di dalam permainan video ini. Mungkin juga ia akan lebih teruk jika watak utama diganti yang lain. Kerana aku menyukai perwatakannya yang berwibawa.
Dari rak depan sehingga kebelakang aku mencarinya dengan teratur dan mengamati setiap judul yang ada. Ia disusun mengikut nama dari huruf paling awal sehingga yang akhir.
Apabila sampai dipertengahan rak. Aku mendongak ke atas melihat gim yang berada di atas ku. Terletak di rak yang paling tinggi dan aku tidak mampu untuk mencapainya. Maka aku mencari akal supaya dapat mengambil tanda meminta bantuan sesiapa. Mata melilau dari setiap rak yang ada dan juga pada kamera litar tertutup yang sedang bergerak. Usai kamera itu beralih ke sudut lain, aku mula tunjal pada palang rak dan segera melompat mengambil gim tersebut. Mendarat dengan kaki dan berdiri serta merta.
Segalanya aman, bahkan kamera litar tertutup juga tidak mampu merakam pergerakan tadi kerana ia tersangatlah pantas.
Hanya ini yang aku mahu. Cuma ini yang aku inginkan sebelum orang lain mengambilnya. Aku beruntung kerana telah ponteng dan membelinya sebelum habis terjual. Kotak yang berwarna merah dan dihiasi askar bersenjata tempur. Aku tidak menyangka yang gim ini telah pun terbit. Cukup lama aku menunggunya.
Terdapat tiga orang sedang beratur di hadapan kaunter perbayaran. Kesemuanya orang dewasa. Meskipun hanya segelintir aku tidak ingin terjebak dengan mereka dan menunggu di dalam barisan. Mungkin aku akan cuba ke sudut lain rak dan memeriksa gim apa yang ada.
Kedainya agak besar dan luas namun disayangi kerana mempunyai satu tingkat. Ditengah lorongan yang aku sedang berjalan sambil melihat-lihat cakera padat yang ada, entah bagaimana seorang budak lelaki menolak rakannya dengan kuat. Budak lelaki itu kelihatan marah pada temannya. Dan si budak yang rebah mula mengeluarkan setitis air mata layaknya mahu menangis.
Seorang budak perempuan bersama ayahnya melihat kedua perbuatan budak lelaki tersebut. Budak perempuan itu secara langsung mula bersuara seperti bercakap dengan budak lelaki yang jatuh.
“Lemah, kalau jatuh tak payahlah menangis!”
Ayah kepada budak perempuan menegur, “Sayang kenapa kamu marah pada mereka?”
“Bagi seorang lelaki mereka tak sepatutnya jadi lemah. Sudahlah!” Budak perempuan tersebut mula berjalan meninggalkan kedua budak lelaki.
Perwatakan dia mirip seseorang yang aku kenali. Gadis periang. Aku mengalihkan pandangan melihat pada kedua budak lelaki tersebut. Mereka tampak seperti berusia sekitar lapan tahun. Dan rakannya yang menolaknya tadi mula meminta maaf dan juga maafnya diterima.
Itu merupakan sifat seorang kanak-kanak. Apabila mereka melakukan kesilapan mereka mudah untuk berbaik semula. Akan tetapi berbeza dengan orang dewasa. Jikalau mereka bertengkar dan selisih faham, itu akan berpanjangan. Ditambah pula dengan perasaan iri hati dan tidak suka ia akan berkelanjutan sehingga tidak mahu bertentang muka.
Bahkan sifat manusia juga berbeza dari setiap orang yang aku perhatikan dan temui. Mungkin kerana mereka dibesarkan di tempat yang berlainan dan juga cara mereka dibesarkan seperti apa. Mungkin itu juga menjadikan sifat seseorang seperti itu.
Terdapat juga manusia yang berhati mulia dan juga manusia yang tidak mempunyai perasaan. Kedua sifat ini sering aku temui dan indeks jenayah yang berlaku disini kebanyakannya datang dari golongan kedua. Mencuri, merangut, merompak, menipu, merampas, menjarah dan segala hal yang terjadi sudah sering berlaku di dalam ingatan diriku.
Manusia yang tidak memiliki jiwa? Kata itu sering diucapkan oleh seseorang yang aku tidak kenali.
Ada kalanya juga manusia bertindak kejam dengan menjadi batu api dan memecah belah sesama mereka. Menikam dengan kata-kata fitnah dan dusta sehingga menjatuhkan seseorang. Ada juga sesetengah mereka yang tidak menganggap perasaan orang lain dan menyakitinya selayaknya hobi. Mereka juga penuh dengan kehendak sendiri sehingga sanggup mempergunakan orang lain demi mencapai tujuan yang diinginkan. Menipu dengan kata-kata iklas dan jujur tapi hakikatnya hanya diperalatkan. Menjatuhkan seseorang sehingga ke lembah yang dalam dan akhirnya menjunam kepada kematian. Begitulah yang terjadi disini tersorot dan dilindungi oleh maklumat palsu.
Terdapat beberapa peraturan yang telah ditetapkan kepada kita untuk dipatuhi. Sekiranya tidak mengikuti ia akan memudaratkan diri sendiri dan juga orang lain. Meskipun begitu, aku tidak mengedahkan beberapa peraturan dan terus melakukan apa yang diinginkan kerana hidup ku sudah diatur untuk menjadi sebegini. Malah aku mampu melakukan sesuatu mengikut kemahuan aku sendiri tanpa mempedulikan orang lain. Saat marah, bengan, kecewa, sedih dan dengki. Setiap emosi yang ada mengubah sudut pandang aku dan aku membencinya.
Walaupun begitu perkataan kurang ajar dan makian telah sebati denganku dan aku tidak mengedahkannya. Hanya hidup mengikuti arus.
Setiap orang mempunyai sejarah hitam dan aku juga memilikinya. Namun, aku tidak mahu mengingati apapun mengenainya. Cukup sekadar ingatan lampau.
***
Apabila mesin pengira mengeluarkan harga dan membuat pembayaran padanya. Pintu automatik terbuka membiarkan haba panas kembali menyentuh baju hitam ku. Bunyi bib juga menghilang sebaik sahaja kaki melangkah keluar. Ia tertutup dengan sendiri.
Di negeri ini terdapat tiga jenis bahasa yang sering digunakan. Iaitu bahasa rasmi, bahasa gaul dan bahasa jalanan.
Bahasa rasmi merupakan bahasa kebangsaan yang dituturkan secara meluas oleh seluruh penduduk di negara ini. Ia berfungsi sebagai bahasa perantara di antara negeri dan kalimat yang diucapkan cukup teratur dan sopan. Dalam bahasa rasmi, biasanya terdapat imbuhan pada perkataannya dan juga kosa kata yang jarang digunakan. Struktur ayatnya juga tersusun dan mengikuti format yang betul. Pada dasarnya, ia sering digunakan oleh bangsawan, cendekiawan, masyarakat golongan atas dan juga individu yang mempunyai karakteristik yang tinggi dalam bertutur.
Manakala bahasa gaul pula digunakan semasa perbualan di antara kawan rapat atau dengan seseorang yang sudah lama dikenali. Tidak seperti bahasa rasmi, bahasa ini tidak mempunyai imbuhan pada perkataannya. Ia dituturkan secara langsung oleh seseorang dalam bentuk yang ringkas dan mudah difahami. Terdapat juga beberapa perkataan yang diringkaskan supaya kalimat yang diucapkan dapat disampaikan kepada seseorang tanpa mengambil masa yang lama.
Terakhir, bahasa jalanan adalah bahasa yang cukup kasar ketimbang bahasa rasmi dan bahasa gaul. Dalam struktur ayatnya terdapat susunan ayat yang sengaja disongsangkan dan format bahasa yang digunakan tidak teratur sama sekali. Biasanya hanya samseng sahaja yang menggunakan bahasa jenis ini dan cara pertuturannya agak menyinggung perasaan. Selain itu, bahasa jalanan juga sering menambahkan nada yang berbeza pada setiap perkataan yang diucapkan dan mengubah setiap satu makna dari pertuturan mereka. Dan juga...
“Asal kau taknak lepas, huh!”
Mataku tertolak ke atas menyaksikan seorang peragut berlari melintasi orang ramai. Dia juga sempat mengambil beg tangan dari seorang wanita sebelum menolak wanita itu jatuh ke lantai.
“Oiii jangan lari!!”
Dua pegawai polis yang berada di sana mula mengejarnya sambil menyuruh orang ramai ketepi. Aku tajamkan lagi penglihatan ku kebelakangan peragut itu lebih tepatnya ke arah wanita yang tersadung di lantai. Kelihatan dia sedang memegang pergelangan tangannya dan orang ramai juga mula mengerumuni wanita itu seperti mahu membantunya.
Peragut itu kemudian berlari ke arah ku lalu sepintas dia melepasi ku seperti keberadaan ku tidak ada pada dirinya. Beberapa detik kemudian polis juga turut menggunakan laluan yang sama.
Inilah apa yang aku maksudkan dengan indeks jenayah yang tinggi. Namun melihat peragut yang melakukan aktivitinya secara terang-terangan di depan umum adalah sebuah kerja yang gila. Mungkin saja dia terdesak dengan tekanan yang melilit sehingga tidak mampu berfikir waras selain melakukan tindakan yang dilarang.
Selain tiga bahasa yang disebutkan tadi terdapat juga bahasa slang yang digunakan penduduk yang datang dari negeri yang berlainan. Bahasa slang sangat jarang dipertuturkan kerana orang memegangnya amat sedikit. Walaupun begitu penduduk lama dinegara ini masih mengekalkannya.
Jika disebutkan dengan wilayah di negeri ini ia mempunyai lima wilayah secara keseluruhan. Wilayah persisir mempunyai tiga wilayah padanya iaitu wilayah utara, wilayah tengah dan wilayah selatan. Keluasan di wilayah persisir sedikit lebih besar berbanding wilayah pulau. Manakala di wilayah pulau pula terbahagi kepada dua wilayah utama iaitu wilayah timur laut dan wilayah barat laut atau sering diringkaskan menjadi wilayah timur dan wilayah barat. Setiap wilayah mempunyai struktur bangunan yang berbeza-beza diantara satu sama lain.
Wilayah tengah lebih tepatnya pusat bandar dipenuhi dengan dentuman lagu yang kuat bahkan para remaja yang berasal dari wilayah utara dan wilayah selatan sering datang ke sini untuk menghiburkan diri dengannya. Pusat hiburan, arkit, kedai permainan, karaoke dan pusat membeli belah serta lain-lain sebagainya menjadi salah satu faktor mengapa remaja di wilayah persisir sangat menyukai wilayah tengah. Ia menjadi tempat melampiaskan keinginan dan stress sehabis belajar.
Bangunan pencakar langit yang dibina juga memenuhi lembaran langit yang luas sehingga dapat dilihat dari jarak yang jauh. Tinggi rata-rata bangunannya juga sama sehingga membolehkan seseorang berjalan diatas gedung ke gedung yang lain tanpa sebarang halangan. Disebabkan ia dipenuhi bangunan dan gedung pencakar langit maka tidak hairan sekiranya terdapat lorongan dimana-mana. Tempat dimana pemabuk berat, pengemis dan penagih memanggilnya rumah. Lukisan yang menjengkelkan juga dilukis dan ditulis pada permukaan dinding menandakan kawasan itu milik seseorang.
Beberapa orang yang mengenakan pakaian berwarna-warni disertakan aksesori tambahan atau lazimnya disebut sebagai cosplayer memberikan risalah kepada pejalan kaki sama ada menawarkan cafe ataupun menjual produk tertentu. Mereka sentiasa berada di setiap penjuru kota sambil tersenyum menarik orang sekeliling untuk menerima risalah mereka.
Itulah serba sedikit mengenai wilayah tengah bandar ibu kota yang padat penduduk. Pencahayaannya memenuhi sekitar kota malah ia lebih indah bila malam tiba. Dengan lampu berwarna-warni terang menerangi seisi kota menunjukkan ini bandar serba moden.
Setidaknya itulah yang aku fikirkan semasa menaiki kereta api menuju wilayah utara, tempat dimana ku tinggal dan menjadi wilayah utama bagiku. Pintu kereta api tertutup membiarkan bunyi rel berbunyi dan meninggalkan wilayah ini menuju wilayah seterusnya.
Di dalam dunia ini terdiri daripada manusia yang berbakat dan tidak berbakat. Setiap bakat yang terpendam memberikan karakteristik kepada individu itu sendiri dalam kerjaya yang diceburi. Namun ia tidaklah memudaratkan orang yang tidak memilikinya. Dalam bidang kerjaya orang yang tidak berbakat dapat menepuhinya dengan kemahiran dan pengalaman.
Bakat disini dipisahkan menjadi lima kategori yang pada dasarnya ia dimiliki oleh manusia-manusia terpilih.
Pertama bakat alami, sejenis bakat dimana seseorang cepat belajar akan suatu hal yang baru. Mereka sekiranya diajar mengenai satu perkara mereka dengan mudah menerimanya dan mengetahui bahawa mereka handal dalam perkara tersebut. Bakat ini juga berbentuk perbagai dan dikategorikan sebagai bakat umum yang dimana ia mudah untuk dijumpai.
Kedua bakat fizikal mirip seperti bakat pertama namun perubahannya melibatkan tubuh dan pergerakan anggota badan. Orang yang terlahir dan memiliki bakat fizikal lazimnya memiliki otot yang kuat serta tubuh yang cergas bergerak. Mereka yang mempunyai bakat ini biasanya akan menyertai aktiviti lasak serta melakukan perkerjaan berat.
Seterusnya bakat rohani atau dengan sebutan lain manusia yang dianugerahi semangat spiritual adalah sebuah bakat dimana mereka dapat bermain dengan perkara ghaib yang pada umumnya tidak dapat dilihat manusia lain. Seseorang yang memiliki bakat ini mempunyai potensi besar dalam meramal masa depan dan mereka cenderung memiliki zodiak yang baik ketimbang rata-rata orang. Tak jarang juga ada sesetengah daripada mereka yang mampu berinteraksi dengan makhluk lain selain manusia.
Bakat intelektual adalah bakat dimana seseorang mempunyai tingkat kecerdasan yang tinggi dalam menyelesaikan masalah serta mampu membuat keputusan yang tepat dan memiliki idea yang bernas. Mereka juga mempunyai sifat kepimpinan di dalam diri mereka yang membuatkan mereka tenang dan mampu mengawal emosi disaat genting terjadi. Orang-orang yang memiliki kecerdasan yang tinggi dan kaya pengetahuan biasanya mempunyai bakat intelektual pada dirinya.
Terakhir bakat mutlak merupakan bakat dimana seseorang mahir dalam suatu perkara tanpa perlu diasah atau diberitahu oleh sesiapa. Kebanyakan mereka yang memiliki bakat mutlak mempunyai intelektual yang tinggi dan cekap dalam berfikir secara resonan. Disebabkan itu mereka sangat jarang berperilaku buruk dan sering terlihat sopan dalam pertuturan mahupun perbuatan dan juga otak mereka sentiasa berada pada tahap positif membuatkan mereka sentiasa ceria dan aktif.
Andai kata seseorang terlahir dan memperolehi bakat mutlak. Otak mereka cenderung mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi terhadap suatu perkara dan ingin mempelajarinya dengan lebih mendalam.
Contohnya seseorang yang terlahir bagus dalam melukis. Ia akan melihat lukisan sebagai suatu perkara yang sebati dengan dirinya dan mula mengetahui setiap satu cara melukis tanpa perlu diajar. Bahkan mereka juga akan menjadikan perkara itu sebagai hobi buat mereka dan akan mengembangkan lagi bakat yang sedia ada sehingga tidak mahu berpisah dengan bakatnya.
Namun begitu sangat jarang juga untuk menjumpai seseorang yang memiliki bakat sehebat ini dan nisbahnya amat kecil. Layaknya orang-orang yang terpilih yang sentiasa berselindung disebalik khayalan ramai sambil menutup keistimewaannya.
Aku juga memiliki bakat mutlak yang dipendam selama ini dan ia sentiasa tertutup daripada pengetahuan masyarakat.
***
Semasa berjalan di kawasan perumahan yang berpagar, entah bagaimana pagar di sudut kanan bergoncang dengan sangat kuat seperti sesuatu menghentamnya. Aku melirik mata ke arahnya cuba melihat dengan jelas apa yang berlaku. Secara tiba-tiba seorang gadis bersweater melompat keluar melepasi pagar tersebut. Satu tangannya menyentuh permukaan besi dan bahagian badannya yang lain mengiring memberikan ruang untuk melepasi. Ketika berada di udara dan gerak perlahan tercetus matanya sempat melirik ke arahku sebelum kedua kakinya perlahan menjejak tanah. Tudung sweaternya hampir terjatuh namun sempat dibetulkan kembali olehnya.
"Area?"
Selepas membetulkannya gadis itu langsung berpusing dan memegang tangan ku, "Adam sini awak perlu ikut saya."
Dia mengheretnya berlari menuju jalan dibelakangku. Aku tidak mampu melawan atau menahannya melainkan melihat dirinya yang berada di depan ku sambil membimbit tangan kanan ku.
"Nanti tunggu dulu apa yang berlaku?"
"Kita tak ada masa sekarang kita perlu melarikan diri."
"Dari apa?"
Secara tiba-tiba segerombolan samseng mula muncul dibelakang kami seperi baru sahaja melompati pagar perumahan. Mataku menoleh kebelakang cuba mengetahui apa yang sebenarnya berlaku. Lelaki berkepala botak melihat-lihat ke kiri dan ke kanan sebelum akhirnya dia menyedari sesuatu.
"Kejar dia!" jeriknya sambil menunding jari.
Mereka secara bersamaan mula mengejar kami. Pandangan dialihkan kehadapan pantas kelajuan ditingkatkan cuba menyamakan kedudukan yang sedikit selisih. Apabila kedudukan setara, aku mula menanyakan soalan kepada Area.
"Area apa yang sebenarnya terjadi? Kenapa samseng-samseng tu kejar awak? Dari mana mereka semua datang?"
"Saya akan jelaskannya nanti pada awak Adam untuk sekarang kita terpaksa berpecah!" Dia mengucapkan kata-kata dengan nafas yang berat. Tubuhnya juga kelihatan sedikit perlahan, mungkin kerana ia terus berlari tanpa henti.
"Berpecah??"
"Ya!" Menghembuskan nafas.
Dua lorong kelihatan dihadapan, salah satunya memiliki pagar penghadang besi dan satunya lagi tiada halangan.
This story has been stolen from Royal Road. If you read it on Amazon, please report it
Area bergerak ke kanan mengambil lorongan berpagar besi itu. Dia menendang permukaan pagar lalu mula memanjat melepasinya, berputar beberapa kali di udara sebelum graviti menariknya kebawah dan terus menghilang disebalik lorongan gelap.
Lorongan kiri diambil sambil menyelitkan sesuatu ke dalam baju. Para samseng yang mengejar kami mula memilih memasuki lorongan ini ketimbang lorongan yang dimasuki Area. Jumlah mereka semakin bertambah apabila aku menoleh kebelakang buat seketika. Semakin lama aku berlari semakin banyak rintangan yang menghalang dan aku melepasi setiap satu darinya.
Kotak yang tersusun ditengah jalan di lompat satu persatu oleh ku. Sepantas mungkin aku membelok ke kiri dan terus memecut laju mengambil lorongan kedua. Samseng-samseng itu mengambil jalan yang sama sambil berteriak memecut merapatkan kedudukan. Beberapa tong sampah yang tersandar pada dinding dijatuhkan buat menghalangi mereka kemudian aku membelok ke lorong kanan. Sekali lagi aku melompat melepasi halangan berkotak.
Akhirnya aku dapat melepasi mereka namun di selekoh hadapan terdapat tiga laluan. Aku melihat pada bahagian kanan lorong dan menyedari beberapa samseng mula muncul darinya. Maka dengan secepat mungkin aku membuat keputusan mengambil lorong kiri dan terus bergerak lurus ke dalamnya. Semakin lama berlari, semakin aku dapat merasakan nafasku semakin berat. Kaki juga turut terasa lenguh.
Pandangan ditolehkan ke belakang buat seketika dan aku mendapati bahawa samseng itu semakin lama semakin dekat dengan ku. Sejurus apabila aku melihat kehadapan kembali, dua buah lorong terlihat dipandangan ku. Depan dan kanan. Disebabkan lorong di hadapan tertutup dua pagar besi, maka aku membuat keputusan untuk melompat melepasinya.
Satu kaki tunjang pada dinding bangunan disebelah kiri lalu kaki kanan menekan pagar besi itu. Tangan kiri diangkat dan tubuh diterbangkan melepasinya. Aku mendarat secepat mungkin lalu terus berlari menuju ke hadapan. Terdapat halangan yang sama di depan dan aku mengulangi lagi.
Aku melompat sambil mengangkat kedua tangan ke udara memegang pipa pair, menghayunkan tubuh lalu melepaskan tangan dan mendarat secepat mungkin. Sejurus kemudian aku terus berlari sepantas mungkin. Samseng-samseng itu kelihatan kebingungan dan cuba memanjat pagar besi yang menghalangi mereka, akan tetapi tidak berjaya dan hanya terkadas disana.
Aku memandang ke hadapan dan mula membelok di setiap lorongan yang ada bagi menghilangkan jejak dari samseng-samseng tersebut.
Apabila berada di tempat selamat dan terselindung dari jangkauan mereka, aku menghembuskan nafas lega dan cuba merehatkan diri. Selang beberapa saat kemudian langkah kaki Area mula kedengaran. Dia seperti berlari menuju ke belakang bangunan tempat ku berada. Aku menoleh dari dinding dan secepat mungkin menarik tangannya ke arah ku. Tubuh Area secara paksa bergerak ke arah dinding dan mula berselindung di belakang ku sambil mengambil nafas lega.
"Woii, ada nampak dia tak?"
"Tak rasanya dia pergi ke arah sana!!" Jerik mereka sambil menukar lorongan.
Pandangan menoleh kebelakang tepat dimana Area berada lalu suara halus dikeluarkan, "Area awak tak apa-apa?"
Dia mengambil nafas dengan kedua tangan menyentuh lutut. "Urmm... Saya tak apa-apa. Cuma penat sikit sebab habis berlari tadi." Dia langsung berdiri membetulkan kedutan di bajunya. Peluh juga memenuhi wajah dan pakaiannya.
“Area, boleh saya tahu kenapa mereka kejar awak?”
“Saya sendiri pun tak pasti kenapa kena kejar. Tadi saya berjalan ke kejiranan mereka dan salah seorang dari mereka cakap, awak ke budak yang hina kami semalam? Saya tak faham sangat apa yang dia maksudkan dan tiba-tiba mereka mula marah. Jadi saya terpaksa larikan diri dari mereka. Mungkin mereka tersilap saya dengan orang lain.”
“Awak tak cuba tipu saya kan Area?”
Area berfikir ulang beberapa kali sebelum memberitahu perkara sebenar. “Baiklah saya ada beberapa urusan dengan mereka. Ia taklah penting awak janganlah risau Adam.” Kemudian dia mengantur langkah diiringi dengan pandangan yang menunduk ke bawah.
Aku segera duduk bertongkat lutut seraya mengeluarkan sesuatu dari dalam baju.
"Saya nak ke markas ni macam mana dengan awak nak ikut sekali?" Dia menoleh kebelakang, "A-adam apa yang awak buat kenapa awak buka baju?" Kedua tangannya segera diangkat menutup matanya dengan kemerahan di wajah.
"Saya bukannya nak tanggalkan baju cuma nak keluarkan game yang saya simpan dalam ni. Awak janganlah fikir bukan-bukan."
Cakera padat dikeluarkan dari selitan baju. Ia sedikit basah pada permukaannya namun tidaklah terlalu banyak. Aku beruntung kerana plastik yang digunakan merupakan kalis air.
Menghembuskan nafas lega. "Nasib baik masih selamat."
Area mengamati situasi yang terjadi melalui celah jarinya. Dirinya berdiri tegak seperi ingin mengetahui sesuatu. Permukaan cakera padat itu dilapkan dengan baju, kemudian diangkat ke atas memastikan sesuatu. Tampak bersinar bahkan cahaya pun menyilau dipermukaanya.
Setelah itu, aku menjatuhkan kembali dan melihat pada tulisannya. Area menjatuhkan tangan dengan perlahan. Dia mendekati sambil melihat diriku. Walaupun dia cuba mengawal dirinya dengan terlihat sopan, wajah merah di pipinya masih tetap kelihatan.
"Askar bersenjata tempur?"
Dia merenung dari belakang menyebabkan bayangannya menutupi sinar matahari. Aroma syampul yang dipakainya juga menyentuh deria ku seperti haruman bunga yang mekar. Selepas itu aku berdiri membuatkan dia berundur sedikit ke belakang.
"Ya, game ni baru rilis semalam. Sepatutnya saya dapatkannya awal, tapi disebabkan malas jadi terpaksa tunggu hari ni. Saya rasa beruntung sebab tak ramai yang datang beli."
"Mungkin sebab hari ni sekolah jadi kedai yang macam tu kurang pelanggan."
"Mungkin juga..."
Pandangan ku masih tidak lengkang dari memandang cakera padat itu. Kemudian aku menaruhnya di genggaman tangan kiri. Mata Area melirik ke kanan seketika sebelum menanyakan sesuatu.
"Oh ya Adam hari ni awak tak pergi sekolah?"
Aku menjawabnya, "Saya ponteng hari ni... biasanya saya tak suka majlis rasmi."
“Hee...” Dengusan halusnya.
Sebelum melangkah lurus ke depan aku sempat melihat raut wajahnya yang seakan-akan sedikit bingung. Matanya berwarna biru laut bercambur dengan biru muda dengan cahaya kulit putih seperti matahari. Dia membuat wajah datar meneruskan langkahnya melepasi ku.
Selain wajah dan kulit yang halus, pakaian yang Area selalu kenakan juga merupakan sweater hoodie putih dengan kelengkung tudung. Sweater yang dia kenakan merupakan pakaian kalis air. Berbeza dengan orang lain, Area memakai skirt pendek yang menutupi paras paha dan disarung pula dengan alas kaki sehingga tidak terlihat kulit kakinya. Dia juga memakai kasut kemana sahaja dia pergi membuatkan dia bebas bergerak bahkan melompat sekalipun.
Rambutnya cukup halus dan pendeknya hanya menyentuh bahagian leher, terdapat dua rambut dibahagian depannya yang panjangnya sehingga menyentuh bahu. Ditambah pula dengan warna hitam seakan-akan perang emas. Dia sentiasa menutupi rambutnya dengan tudung sweater.
Penampilannya seperti seorang gadis periang yang sentiasa memakai sweater sambil menutup kepalanya dengan kelengkung serta berskirt pendek sehingga ke paha dengan sarung kaki padanya.
“... sebab itulah saya susah melepasinya. Adam awak dengar?”
“Iya saya dengar," balas ku sambil mengekorinya. “Jadi awak nak kemana sekarang Area?”
Area mengangkat tangannya ke dagu sambil memasang ekspresi berfikir. Dia membuat dengusan sebelum menjawab soalan itu.
“Saya rasa saya dah bagitau yang saya nak ke markas Hate.”
Hate atau juga dengan nama yang sering diucapkan geng jalanan Hate merupakan sebuah geng jalanan yang berisikan lima orang ahli. Geng jalanan ialah sebuah kelompok kecil yang diisi oleh para remaja berusia sekitar 12 sehingga 17 tahun. Setiap geng jalanan memiliki ciri-ciri khas tersendiri dan pakaian yang dikenakan juga berbeza. Dan setiap geng mempunyai tempat melepak mereka tersendiri. Begitu juga dengan Hate, geng jalanan kami.
Markas kami, Hate berada di dalam salah satu pembentung terbiar yang berada di hujung perumahan. Ia terselindung disebalik tangga dan pagar larangan tempat. Untuk masuk ke markas kami hanya cukup berjalan masuk ke salah satu taman terbiar di kawasan perumahan. Ia ditinggalkan jadi tiada siapa mahu kesana. Setelah berada di taman akan terlihat sebuah tangga putih yang berada di sudut kiri. Di bawah tangga tersebut terdapat sungai dan kawasan berumput. Sekiranya berada di kawasan rumput itu akan terlihat sebuah pembentung yang terselindung di hujung tangga. Disana lah markas kami berada. Cukup membukanya dan terjun ke dalam lalu berjalan lurus sehingga menjumpai pintu yang bertulis Welcome.
"Hello awak semua," kata Area sambil melangkahkan kaki ke dalam ruangan utama markas.
"Arhh Area ke? Ingatkan siapa tadi."
Seorang gadis yang memakai baju dan seluar slack hitam meletakkan kotak di hujung dinding. Area terus masuk ke dalam lalu menyapa gadis itu.
"Apa yang awak buat Mika?"
"Tak ada apa... Cuma terjumpa barang ni tadi dekat tempat barangan terbiar. Kau taknak tolong ke Kai?"
"Kalau benda tu penting dah lama aku tolong," jawab Kai sebelum memusingkan badannya dan mula mengetik sesuatu pada papan kekunci.
Mika merupakan salah satu ahli kumpulan Hate yang mahir dalam menconteng dinding dan melukis sesuatu yang berkaya seni. Mika sering terlihat berpakaian hitam dengan seluar slack bergaris putih. Dia juga suka memakai topi bersudut hadapan dengan gaya rambut ikatan kuda. Dia meletakkan rambutnya di antara celah lubang topi yang ada di belakang.
Manakala Kai merupakan seorang budak yang berusia 12 tahun. Dia sering memakai pakaian t-shirt dengan seluar jean yang berwarna hitam serta topi bersudut hadapan. Bahkan Kai tidak pernah terlihat memakai pakaian lain selain baju t-shirt hitamnya. Mirip seperti Mika, Kai juga mempunyai bakat yang mempengaruhi geng kami. Keahlian Kai dalam teknologi cukup tinggi bahkan ia melampau potensi orang dewasa. Aku sendiri belum mengetahui mengapa dia dapat berpotensi begitu. Namun bagi aku mungkin itu bakat peribadinya.
Ahli terakhir kami ialah Siti. Siti merupakan perempuan periang dan juga betah bercakap dengan kata-katanya. Namun, kelihatan dia tiada di sini mungkin ada urusan penting.
"Oh ya, mana Siti? Dia sibuk ke?" tanyaku kepada Mika.
"Siti ada kelas tambahan hari ini. Jadi, dia agak sibuk sampai lima petang. Rasanya habis kelas, dia terus tidur dekat rumah."
"Macam itu ke?"
Keahlian Siti bertutur dengan pihak lawan memang cukup hebat. Walaupun begitu, kata-katanya kepada aku cukup menyakitkan. Itulah bakat ahli Hate. Mirip mereka, aku juga mempunyai bakat terpendam, dan keahlianku dalam menggunakannya cukup baik. Aku selalu menggunakan bakat aku setiap hari, tetapi aku tidak ingin menceritakannya kepada sesiapa.
Kai menghentikan jarinya dari mengetik kekunci kemudian berpaling ke arah kami dari tempat duduknya. Dia mengamati keadaan sekeliling sehingga akhirnya matanya terhenti pada cakera padat yang digenggam ku. Dia mula menyoal padaku.
“Itu bukan ke game yang baru terbit hari ni?”
Tangan kanan diangkat sambil membalas soalannya dengan nada perlahan, “Ya, aku baru habis beli ni tadi.”
“Boleh aku pinjam?”
“Rasanya boleh.”
Aku berjalan menghampiri Kai sambil menghulurkan game tersebut kepadanya. Dia langsung mengambil dan terus melihat pada tulisan yang terpapar di permukaan kotak bungkusan.
“Babak ketiga?” soal sendirinya.
“Kau pernah main game ni ke sebelum ni Kai?”
“Aku dah selesaikan beberapa misi dengan tingkat kesukaran yang tinggi. Aku harap yang cerita ni masih berlanjutan. Tak sangka kau dapat beli Adam.”
“Ya aku beruntung tadi sebab kedai tak ramai orang,” balas ku kepada kai yang sedang memasukkan cakera padat ke dalam komputernya di bawah meja.
Dia menyalin data sebesar 15 gb ke dalam file penyimpanannya. Membuatkan kami menunggu seketika. Walaupun pandangan ku tertumpu pada monitor Kai, suara gelak tawa Mika dan Area yang sedang berbual di belakang kami terdengar jelas di telingaku. Mereka seperti sedang bermain-main dengan barangan yang ada di dalam kotak.
“Rasanya ni lagi comel Area.”
“Tapi saya tak suka lah barang-barang yang macam ni.”
“Apa yang kau buat Mika?”
“Cari dekorasi untuk ruangan Hate kita. Maklumlah semua barang ni masih boleh pakai lagi,” jelas Mika kepada ku selepas beberapa kali menolak bantal kepada Area.
Ruangan Hate terbahagi kepada tiga ruangan. Ruangan utama, ruangan belakang dan ruangan simpanan. Ruangan utama merupakan ruangan yang dijadikan sebagai tempat berkumpul. Manakala ruangan belakang pula dijadikan sebagai bilik. Sedangkan ruangan simpanan adalah ruangan yang digunakan untuk menyimpan barang penting.
Hate adalah geng jalanan mencuri. Kami biasanya melakukan kerja di waktu malam dengan mengambil barangan dari geng lain lalu diserahkan kepada orang yang mengerjakan kami.
Sebagai geng jalanan, kami mempunyai dua jenis pakaian. Satu dikenali sebagai pakaian Alpha dan satu lagi dikenali sebagai pakaian Beta.
Pakaian Beta biasanya digunakan semasa perjumpaan diantara geng jalanan yang lain, dengan nama geng pada pakaianya ia menunjukkan yang geng tersebut merupakan geng jalanan rasmi. Sementara pakaian Alpha pula digunakan untuk aktiviti mencuri.
Pakaian Alpha terdiri daripada pakaian yang halus bunyi seperti baju sweater hitam, seluar jean, kasut dan juga topi. Selain itu, kami menggunakan topeng wajah untuk mengelakkan identiti dari terbongkar. Pakaian Alpha yang kami gunakan secara keseluruhannya berwarna hitam dimana ia mempermudahkan kami untuk bergerak di malam hari.
Selain pakaian terdapat juga alatan yang memudahkan kami untuk mencuri salah satunya ialah radio. Dalam menyelinap masuk ke dalam sebuah bangunan dan sekiranya kami terpisah dari kumpulan, kami biasanya menggunakan radio sebagai alat berkomunikasi. Tentu kami mempunyai telefon pintar yang memudahkan kami dalam berhubung, akan tetapi radio yang kami bawa juga merupakan radio yang diambil dari balai polis. Disebabkan itu apabila polis datang ke sebuah lokasi kami dengan mudah mendapat info.
Terdapat juga alatan yang digunakan untuk melepaskan diri dan alatan yang paling umum kami gunakan ialah bom asap. Kami biasanya menggunakannya untuk mengelabui musuh kami semasa menjalankan tugas dan juga menjadi sokongan buat kami untuk melarikan diri sekiranya kehadiran kami terbongkar. Lagipun tak susah untuk membuatnya, apatahlagi berkembangnya internet segalanya berada di hujung jari.
Bahkan kulit bom asap itu diperbuat daripada kabot, cukup kitar semula sampah yang ada untuk membuatnya. Ia juga mempunyai bahan kimia yang membuatkan orang susah bernafas. Jika ada seseorang yang memberanikan diri untuk masuk ke dalamnya maka dia akan menerima gangguan paru-paru berair.
Setiap geng jalanan juga mempunyai seni bela diri tersendiri dan sering dijadikan sebagai pertahanan buat mereka. Beberapa daripadanya juga mahir dalam parkour membolehkan mereka melompat diantara bangunan ke bangunan yang lain dengan mudah. Sesetengah daripada mereka juga mahir menggunakan papan lucur yang digunakan sebagai alat tranportasi.
Anggota Hate juga mempunyai seni bela diri individu termasuk diriku. Apa yang aku ketahui hanya Siti sahaja yang mahir dalam pertarungan jarak dekat. Dia pernah menyertai kelab karate saat dia sekolah rendah dahulu. Selain Siti aku masih belum mengetahui seni bela diri Area dan Mika seperti apa. Namun seni bela diri yang aku pelajari ialah tumbukan jarak dekat.
Jam dinding berputar laju seperti mahu meninggalkan zaman ini. Masa seakan-akan bergerak cepat dari petang menjelang senja. Jarumnya juga menunjukkan pukul tujuh waktu dimana orang mula pulang dari kerja. Aku bersandar pada dinding sambil menyelitkan tangan ke dalam poket dan secara tidak langsung menyedari sesuatu.
“Semua rasanya aku terpaksa balik. Hari dah lewat petang dan kunci rumah ada dengan aku.”
“Baiklah Adam jumpa kau besok,” ucap Mika diiringi dengan suara Area setelahnya, “Hati-hati.” Lalu pintu ditutup membiarkan diriku keluar dari pembentung ini.
Hawa dingin yang bertiup dari setiap arah menerbangkan surat khabar dan kertas di atas jalanan, mencipta suasana sepi tanpa keramaian. Tiada pejalan kaki atau kenderaan di kawasan ini, hanya hening malam yang seolah-olah membungkus bandar yang tidak aktif. Keheningan itu mengisi ruang dengan suasana sunyi, jauh dari kebisingan kehidupan sehari-hari. Lampu jalan yang berkelip-kelip akhirnya pecah, meninggalkan jalan tanpa warna, seakan menggambarkan keadaan hampa dan kosong yang menyelubungi tempat itu. Aku melangkah dengan perasaan sepi dan sunyi, jantungku berdegup kencang dengan setiap langkah.
Apabila tiba di kawasan perumahan, telinga ku menangkap sejumlah suara berbual, bunyi-bunyian seakan perbincangan ringan.
“...sebab tulah aku tak minum air garam, ia tak menghilangkan dahaga.”
Suara itu segera berhenti sebaik sahaja seseorang menjerik ke arahku. “Itu bukan ke budak yang lari tadi?” Kesemua mereka berpaling melihatku, diiringi dengan jeritan tambahan, “Tak syak lagi memang dia!”
Nafas halus dihembus keluar, “Alamak, jahanam,” sebelum langkah diambil menuju lorongan, berusaha untuk menghindar dari perhatian mereka.
“Tangkap dia!!”
Mereka bertiga mula mengejar, langkah-langkah kaki mereka semakin mendekat. Dengan rasa panik, aku terpaksa berlari menuju kawasan lorongan. Dalam larian itu, aku menoleh ke belakang dan melihat mereka berpecah, berusaha menghalang semua jalan keluar yang mungkin.
Ketika aku melihat ke hadapan, aku sudah berada di sekitar lorong-lorong yang membuatkan kepalaku pening. Bunyi tapak kaki mereka kedengaran semakin dekat.
"Alamak! Habis lah aku kali ini." Aku cuba memecut lebih laju tetapi sampai pada satu ketika, aku terpaksa berhenti.
Di depan, ada dua lorong. Kanan atau kiri? Bunyi tapak kaki semakin menghampiri, menggesa aku untuk membuat pilihan dengan cepat. Tanpa banyak berfikir, aku memilih lorong kanan.
Setelah memasuki lorong tersebut, harapan untuk terlepas muncul, tetapi tidak lama kemudian, sekumpulan lagi muncul di hadapanku, sementara yang dibelakangku juga sudah semakin dekat. Rasanya, aku dikepung.
Terdesak, aku terpaksa berlawan. Dalam situasi yang mendesak ini, aku memukul salah seorang dari mereka. Namun, serangan balas datang tanpa henti, membuatkan aku keliru dengan serangan dari setiap arah.
Aku harus mencari jalan keluar sebelum situasi menjadi lebih teruk. Dalam keadaan genting, aku mengarahkan penutup tong sampah ke arah mereka, berputar dan menggunakannya sebagai perisai. Dengan cepat, aku membaling penutup tersebut, membuatkan mereka terpaksa mengelak. Dalam kekalutan itu, aku melarikan diri ke lorong lain.
Setibanya di penghujung lorong, aku berhenti dan mengangkat bola yang terletak di tanah. Dengan satu tendangan yang kuat, aku melepaskan bola tersebut ke arah mereka. Bola itu terpelanting mengenai kayu yang bersandar pada dinding, menutup sedikit laluan bagi samseng tersebut. Kesempatan ini memberikan aku peluang untuk meneruskan pelarian.
Masuk ke lorong kiri, aku melangkah dengan harapan. Namun, sebaik sahaja memasukinya, langkahku terhenti.
“Jalan mati?”
Sebuah dinding dibina untuk menghalang lorong ini. Suara dengusan dan rintihan dari belakang menghampiri, dan aku menyedari bahawa mereka sedang mengerumuni laluan di belakangku, menyekat semua jalan keluar.
“Mana kau nak lari, budak?!”
Mereka semakin dekat. Aku tidak ada pilihan lain selain bersiap untuk melawan. Dalam hati, aku menghitung bilangan mereka, seramai sebelas orang.
“Sejumlah samseng cuba menentang seorang budak itu memang tidak adil dan menunjukkan betapa pecundangnya korang!”
“Dengar tak seorang budak?”
Mereka ketawa menghina secara bersamaan. Suara yang dikeluarkan juga keras bunyinya sehingga mampu mencecah beberapa meter. Sesetengah daripada mereka memaksakan diri seolah-olah ini jenaka baru buat mereka. Kemudian seorang demi seorang berhenti dan memasang ekspresi serius kembali.
“Jadi dimana dia?”
“Siapa?”
“Budak perempuan tu!! Mana dia sekarang!!”
Aku menafikan sehabisnya, “Aku tidak tahu siapa yang kau maksudkan. Sekarang cuba gelak, mana tahu kau boleh jumpa dia.”
“Kau budak memang merendahkan kami.”
“Mulut jaga sikit eegg kalau tak kami belasah nanti.”
“Aku nampak dengan jelas tadi kau dengan dia berlari bersama. Mesti dia ada menyorok dekat mana-mana.”
“Korang mungkin tersilap orang. Aku baru pindah semalam jadi aku tak kenal siapa-siapa.”
“Iyalah tu pembohong licik.”
Seseorang muncul di belakang mereka seraya diberi laluan, “Sudah, apa kecoh-kecoh ni?” Mereka semua memberi pandangan kepada lelaki itu. Berpakaian jacket putih dengan topi bulatan dia berjalan ke hadapan lalu berhenti tepat di depan gerombolan samseng itu.
“Kamu tahu tak budak yang kawan kamu hutang aku? Dah tiga bulan dia tak bayar.”
“Hutang??” soal ku sendiri.
“Jadi kau tahu mana dia sembunyi?”
Intonasi lembut dikeluarkan cuba menepis ucapannya, “Dia yang hutang kau bukan aku. Dan lagipun kenapa korang kejar gadis dalam jumlah yang ramai. Itu langsung tak sopan.”
“Sebab dia sentiasa mengelak setiap kali kami cuba memintanya. Sampaikan kami dibuat jemu,” jawab ketua samseng, senyum sinis menghiasi wajahnya.
“Bos, kami tak rasa yang dia akan beritahu mana budak tu menyorot.
“Apa kata kita pergunakan budak ni. Dia nampak cekap," ujar salah seorang daripada mereka yang membuatkkan mereka melangkah maju.
“Betul jugak.”
Mereka dengan berani melangkah mendekatiku. “Rasanya kau tahu apa maknanya,” usik mereka sambil tersengih memegang gumpulan tangan.
Satu demi satu mereka menghampiri, tetapi saat itu, seorang gadis muncul dari belakang mereka, menjerit, “Sudah! Hentikan semua ni!!”
Kesemua mereka terkejut, pandangan mereka beralih kepada gadis itu.
“Apa yang berlaku? Kenapa korang ganggu dia?” soalnya dengan nada tegas, seolah-olah dia tidak mengenali mereka.
Tanpa sedar, aku menyebut ‘kakak’ dengan suara rendah, sehingga terdengar oleh mereka.
“Kawan kepada adik kau hutang aku!” tengking ketua samseng.
“Duit boleh diganti tapi bukan nyawa... Berapa dia hutang kau?” tanyanya dengan suara menekan.
Ketua samseng mengangkat lima jarinya perlahan, “Lima...”
“Lima apa? Lima ribu? Sikitnya...” balas kakak, seolah-olah mencabar mereka.
Samseng itu menyambung dengan geram, “...lima belas ribu!!”
Kakak seketika mengetapkan wajahnya seperti tidak percaya dengan jumlah yang diberikan. Ketua samseng mula tersenyum seringai menganggap hutang itu tidak dapat dilunaskan. Disaat dentuman sunyi menguasai suasana. Mata kakak perlahan melirik ke arah ku sebelum kembali memandang samseng-samseng itu. Kacanya sedikit bergelora seperti setitis air yang ingin jatuh.
Dengan tegas, dia berdiri di hadapan mereka. “Baiklah, aku akan lunaskan kesemua hutang kau sekarang!” jeriknya dengan suara berani.
Dia menggerakkan bahunya membiarkan beg tali yang dipikulnya berada di genggaman tangan, kemudian dia langsung melemparkan beg tersebut dihadapan ketua samseng. Sejumlah wang kelihatan keluar darinya sebaik sahaja beg itu menyentuh tanah. Samseng-samseng itu hanya mampu terdiam.
“Dalam tu ada lima belas ribu duit kau!” kata kakak, dengan sangat tegas.
Ketua samseng menyuruh salah seorang dari anak buahnya untuk pergi memeriksa. Seorang lelaki bertatu mula melangkah kehadapan. Dia membuka beg untuk memastikan jumlahnya lalu dibawa dan diberikan kepada ketua samseng. Setiap satu dari wang itu diperiksa mereka.
“Cukup?” soal kakak.
Ketua samseng itu tersenyum puas, “Baiklah, ini lebih dari mencukupi. Nampaknya kita tak ada apa-apa urusan... buat sekarang,” katanya sambil berlalu pergi bersama puaknya.
Keadaan sekeliling menjadi sepi semula, membiarkan angin bertiupan di sekitar kami.
Aku menghela nafas lega, berterima kasih kepada kakak. Rasa takut dan panik yang menguasai perasaanku perlahan-lahan reda. Kakak tersenyum, menghulurkan tangannya untuk membantuku bangun.
“Tak apa, semua ini sudah berakhir,” katanya dengan lembut. Aku juga merasakan sensasi panas dan kasih sayang dalam masa yang sama.
Malam itu, di tengah-tengah keheningan yang menyelimuti bandar, aku berjanji pada diriku sendiri—aku tidak akan membiarkan sesiapa memijak maruahku lagi. Keadaan sekeliling mula sepi membiarkan angin bertiupan disekitar kami.
Aku merasa hangat dan lembut ketika kakak memelukku erat, tangannya melingkar di dadaku. Kami pulang ke rumah di waktu tengah malam, hanya segelintir orang yang lalu-lalang di sekitar.
Pintu rumah dibuka, dan kakak terus masuk, membiarkanku menutupnya di belakang.
“Adam, kakak cuma nak minta satu perkara dari kamu. Tolong jangan masuk campur urusan samseng-samseng yang ada dan jangan bergaul dengan mana-mana geng jalanan, termasuk geng kamu.”
Lampu dapur menyala, dan kakak meletakkan beg plastik di atas meja sebelum berjalan menuju peti sejuk.
“Kamu lapar? Ada apa-apa yang kamu nak makan?” soalnya sambil melihat ke dalam peti, “Maaflah kakak sibuk pagi tadi dan tak sempat nak siapkan sarapan. Tentu kamu dahaga.”
Dia mengambil sebotol air mineral dan menghulurkannya kepadaku. Namun, aku tidak bergerak untuk mengambilnya, dan kakak pun berpaling, mengembalikannya ke tempat asal.
Kakak berjalan ke dapur gas dan mula menyalakan api, memanaskan sesuatu.
“Adam, janji dengan kakak untuk tak ulang lagi hal ni. Jangan sesekali tegur samseng yang kejar kamu tu. Mereka semua tak guna.” Dia menambahkan beberapa bahan ke dalam kuali. “Dan lagi, kamu jangan kerap ponteng sekolah, sebab pelajaran tu penting. Cikgu-cikgu di sekolah kamu kata yang kamu sering buat masalah. Betul ke Adam kamu pukul budak kelas lain?” Kakak memandangku, menunggu jawabanku.
Aku menunduk, merenung lantai sebelum menjawab, “Ya, lagipun dia yang mula dulu.”
Makanan yang dihangatkan mulai mendidih, dan kakak langsung berpaling ke arahnya, menurunkan suhu. Dia mengaduk-aduk makanan itu, memastikan semuanya sebati. Setelah sejenak terdiam, kakak tampak sedang memikirkan sesuatu.
“Adam, kamu tahu kan yang duit simpanan kakak dah berkurang. Kakak terpaksa kerja lebih masa untuk uruskan biaya kehidupan kita. Kalau kamu buat masalah macam tadi lagi, contohnya berhutang, dan kakak kehabisan wang, mungkin kita terpaksa gadaikan segala harta yang ada.”
“Bukan Adam yang buat. Lagipun samseng-samseng tu yang mula kejar.”
“Kenapa, kawan kamu hutang samseng sebanyak lima belas ribu?”
Aku terdiam, memikirkan banyak hal di fikiranku.
“Kamu tak sepatutnya berkawan dengan mereka lagi dan jangan sesekali pergi ke sana. Kamu perlu fikir tentang hala tuju kamu lepas habis belajar dan bukannya...”
“Kakak selalu suruh Adam belajar padahal semua tu bukan penting. Dan lagi semua ni takkan berlaku kalau peristiwa tu tak terjadi! Ini semua salah kakak juga.”
Kakak seketika terdiam, kemudian mengeluh. “Adam, kamu sendiri pun tahu yang kakak tak suka dengan tempat ni. Cukup satu tahun lagi kita akan pindah ke tempat yang baru. Jadi untuk sekarang, jangan buat hal lagi. Mulai sekarang, kakak tak nak tengok kamu berkawan dengan mereka dan kamu perlu…”
Tanpa sedar, kata-kata itu keluar dari mulutku.
“Sudahlah kakak! Adam bukannya budak kecil lagi. Lagipun Adam dah boleh jaga diri,” kataku, suaraku terdengar lebih tinggi.
Kakak memandangku dengan wajah datar.
“Adam, ini untuk kepentingan kamu dan kakak. Kalau kamu terlibat dengan mereka, siapa lagi yang akan tolong kamu? Geng-geng jalanan dan kenalan yang kamu kenal, mereka tak semestinya akan tolong kamu waktu kamu susah. Kalau terjadi apa-apa dekat kamu, kakak jugak yang risau.”
“Kakak memang tak tahu apa-apa pasal mereka.”
“Adam!”
Dengan penuh emosi, aku membuka pintu dan menghempasnya dengan kuat.
***
Bulan dan bintang sentiasa mengikuti kita di setiap malam. Kemana sahaja tanpa mengira jarak. Mereka bersinar memberikan sejuta petunjuk bagi setiap tamadun yang berbeza. Sehingga kini bintang-bintang disana masih kelihatan walaupun ia semakin pudar.
Kereta juga beberapa kali menyilaukan cahaya kuning pada jalan. Jejantas dipanjat ku melihat kenderaan yang lalu dibawanya. Sesekali pandangan ku merenung tajam pada cahaya yang berbeza. Tangan pula dilipatkan menahan dagu. Saat itu perasaan sayu mengalir dalam hati tersebar sehingga ke anak mata.
“Teruk sangat ke diri aku ni?” Duit yang kakak simpan untuk digunakan masuk ke kolej nanti habis lesap hanya dalam waktu semalaman. Sepatutnya aku tidak menggunakan laluan yang sama untuk pulang ke rumah. Kepala dijatuhkan ke palang besi, “Apalah nasib.”
Entah mengapa, aku sedikit memahami kenapa orang tidak memiliki rumah tidur di tepi jalan ataupun koridor tertentu. Kaki lima dan tempat sampah hitam menjadi rumah bagi orang kurang kemampuan. Aku juga terfikir tentang nasib peragut tadi. Dalam keadaan begini aku harus mencari tempat tidur sementara sebelum pergi ke sekolah besok. Mungkin kaki lima adalah tempat sesuai untuk ku tidur.
Malam yang indah dihiasi dengan bintang-bintang bersinar di langit. Menyusuri cahaya buatku, memberikan ku setidaknya sedikit semangat buat berjalan. Pakaian yang aku kenakan juga sedikit kotor, mungkin kerana aku berlari di kawasan lorongan tadi. Apa yang berlaku pada Area sebenarnya sehingga dia dikejar oleh samseng setempat? Tapi, nasib baiklah tidak ada apa-apa yang terjadi padanya.
Markas Hate, berada di persekitaran perairan, jadi di sana terlalu banyak serangga kecil yang aktif pada waktu malam. Mungkin aku patut tidur di sana sambil menunggu keadaan reda antara aku dan kakak. Tanpa membuang waktu aku membuat keputusan untuk pergi ke sana, ke markas kami.
Bunyi geseran dan Kai menoleh sebaik sahaja dia mendengarnya, bunyi itu memecahkan keheningan malam. Dia melihat diriku memasuki ke dalam ruangan dalam keadaan suram. Dalam hati mungkin dia ada soalan untuk ditanyakan.
“Aku ingat kau dah balik tadi?” tanyanya dengan lembut.
“Tak adalah...” jawab ringkas ku sambil menutup pintu.
Kai memeriksa diriku. Dia mendapati bahawa diriku tidak sama seperti di senja petang. Dengan nada prihatin, Kai bertanya, “Kau nampak muram. Jangan cakap yang kau gaduh dengan kakak kau?”
Dia mula memusingkan kerusinya dan bersedia mendengar sesuatu.
“Ya, kami ada bertengkar sikit.”
Patut ke aku bagitau Kai apa yang berlaku. Rasanya tak perlu, lebih baik aku rahsiakan perkara ni dari urusan geng jalanan.
“Tentang apa? Balik lewat?” Intonasi lembut Kai.
“Lebih kurang. Kami selisih faham dan aku naik marah tinggalkan rumah. Tolong jangan beritahu yang lain pasal ni.”
“Aku takkan Adam. Lagipun tu hal peribadi. Jadi aku takkan beritahu mereka.”
Aku mula melangkah masuk sambil menggunakan nada pertanyaan untuk menukar topik perbualan kami.
“Kau berada di stage berapa sekarang?”
“Aku baru sampai stage tujuh.”
Stage tujuh daripada lima puluh stage utama.
“Cepatnya...”
“Ya, bos di stage lima main tipu. Satu heal sampaikan satu bar penuh. Aku terpaksa tembak dengan sniper sebanyak sepuluh kali. Entah potion apa dia guna,” gurau kecil Kai.
Aku memandang sekeliling markas, melihat ke arah barangan yang dikumpulkan tadi, “Perempuan memang suka dokerasi tempat kan?”
Kai berhenti sejenak sebelum membalasnya, “Ya, mereka suka benda-benda yang comel. Lagipun semua barang-barang ni dari Mika juga.” Kemudian dia menyambung permainannya.
Di layar monitor, Kai mula menggerakkan karakternya dengan kecekapan yang luar biasa, bahkan melebihi kebanyakan pemain lainnya. Musuh yang ditantangnya juga bingung, dengan hanya sepuluh saat sahaja tujuh musuh dengan 4 peringkat yang jauh lebih tinggi dari peringkatnya telah dikalahkan dengan hanya 3 serangan dan 2 kemampuan khusus.
Aku meneliti sofa dan bergerak menuju ke arahnya, tubuhku jatuh bersamaan dengan tatapan yang mengarah ke langit-langit. Kipas yang terpasang berputar perlahan.
Kemudian mataku terpaku pada Kai. Pandangannya terus tertuju pada layar tanpa teralihkan. Mungkin Kai menyukai permainan itu sama sepertiku.
Kecerdasan Kai menyerupai kebanyakan orang dewasa. Menurut perkiraan yang telah diperhati, kecerdasan Kai sebanding dengan kalkulator dan enjin carian yang beroperasi pada kelajuan tinggi, namun terhalang oleh sifat pemalas. Dia juga telah mempelajari bahasa pengaturcaraan sejak kecil. Sejauh ini, bahasa pengaturcaraan yang dikuasainya ialah Ruby, PHP, C#, C++, Java, JavaScript, dan juga Python.
Sekarang jam telah mencapai satu pagi keadaan di mana ia mula sunyi. Hanya kami berdua di sini, diiringi dengan bunyi tembakan dan letupan. Sejurus kemudian, mata tertutup, menyebabkan tubuh terlena di atas sofa.